Kes di Singapura kini 59,127

SINGAPURA 18 Jan. – Setakat tengah hari ini, Singapura merekodkan 14 kes baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes 59,127 dengan jumlah kematian kekal Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), 12 adalah kes import yang dikenakan notis jangan keluar rumah atau diasingkan sebaik tiba di Singapura, manakala dua kes dalam kalangan masyarakat (tempatan). Dua kes tempatan ada kaitan dengan kes 59280, yang bermula selepas seorang lelaki warga Singapura 32, pembantu doktor haiwan dengan Unit K-9 di SPF diuji positif. Kedua-duanya adalah anggota keluarga Kes 59365, iaitu seorang lelaki Singapura berusia 44…

Read More

Thailand catat 369 kes baharu

BANGKOK 18 Jan. – Thailand mencatatkan sejumlah 369 kes baharu Covid-19 dengan sifar kematian dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara itu setakat ini 12,423 kes dengan 70 kematian.  Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 357 adalah jangkitan tempatan, termasuk 275 yang dikenal pasti menerusi pengesanan kes aktif dengan 82 kes mempunyai kaitan dengan kunjungan ke kawasan berisiko tinggi, dan 12 kes import.  Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), daripada 12,423 kes yang dilaporkan, 10,134 kes adalah jangkitan tempatan termasuk 3,982 yang dikenal pasti menerusi pengesanan kes aktif dan 2,289…

Read More

2,163 kes baharu di Filipina

MANILA 18 Jan. – Setakat pukul 4 petang ini, Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina melaporkan 2,163 kes baharu Covid-19, tertinggi dalam tempoh lebih dua bulan menjadikan jumlah keseluruhan 502,736 kes. Angka hari ini menunjukkan peningkatan berbanding jumlah yang direkodkan semalam sebanyak 1,895 kes. Jumlah pesakit yang meninggal dunia juga meningkat kepada 9,909 orang selepas 14 lagi kematian dilaporkan. Hanya dua kes sembuh dilaporkan hari ini yang membawa kepada 465,988 pulih dengan kes aktif pula 26,839. Setakat ini Filipina yang mempunyai kira-kira 110 juta penduduk telah merekodkan lebih 6.84 juta orang sudah…

Read More

Jumlah kumulatif Sabah 44,076

KOTA KINABALU 18 Jan. – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, merekodkan 432 kes positif baharu Covid-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 44,076 dengan satu kematian baharu direkodkan di Kudat. Pada masa sama, seramai 438 pesakit Covid-19 sembuh menjadikan jumlah kumulatif sembuh 39,764 orang sementara 2,906 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 794 orang di hospital dan 2,112 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Seramai 91 pesakit Covid-19  dalam  ICU  dan  23  orang  pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Daripada 432 kes positif Covid-19 yang direkodkan, sebanyak 308…

Read More

Sembilan kluster baharu, 299 aktif

PUTRAJAYA 18 Jan. – Setakat ini, terdapat 660 kluster dilaporkan termasuk sembilan kluster baharu yang direkodkan pada hari ini. Jumlah kluster yang tamat pula adalah sebanyak 361, termasuk dua yang tamat hari ini di Sabah iaitu Kluster Mesra dan Kluster Samudera. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah 299 kluster dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 81 melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Muda (217 kes), Kluster Tapak Bina Perdana Avenue (145 kes), dan Kluster Tapak Bina Casuarina (76…

Read More

Vaksin pertama tiba hujung Februari

KUALA LUMPUR 18 Jan. – Bekalan vaksin pertama dijangka diterima pada penghujung Februari ini, dengan kumpulan pertama penerima vaksin pada awal Mac dan program vaksinasi ini berjalan secara berperingkat sehinggalah tempoh keseluruhannya selama 12 bulan. Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, hampir 27 juta atau lebih 80 peratus penduduk Malaysia dijangka menerima vaksin Covid-19 menjelang suku pertama tahun depan. Beliau menjelaskan perancangan program vaksinasi di negara ini adalah mengikut jadual dan kerajaan telah menandatangani tiga perjanjian dengan syarikat pengeluar vaksin. Katanya, melalui Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 yang telah ditubuhkan, kerajaan akan memastikan ketelusan perolehan vaksin dan Program Imunisasi Kebangsaan…

Read More

Mangsa banjir di Sabah meningkat

SEKRETARIAT Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah berkata jumlah mangsa bertambah kepada 716 orang berbanding 673  pagi tadi dengan semua ditempatkan di 17 PPS di negeri itu. Tenom dan Papar menjadi daerah terbaharu melibatkan pemindahan mangsa iaitu masing-masing 25 dan 19 orang, manakala tujuh daerah lain yang masih dilanda banjir ialah Kota Belud membabitkan 210 mangsa, Tuaran (115), Kota Kinabalu (101), Paitan (69), Beaufort (78), Penampang (76) dan Putatan (23).

Read More

3,306 kes baharu, 4 kematian

PUTRAJAYA 18 Jan. – Malaysia mencatatkan 3,306 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah kumulatif kes jangkitan virus di negara ini meningkat kepada 161,740. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 3,299 kes adalah penularan tempatan dan tujuh lagi jangkitan dari luar negara. Sebanyak 107 kes (3.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (65 kes), Kluster Tembok Mempaga (35 kes), Kluster Tembok Nanas (4 kes), Kluster Damai Pelangi (2 kes), dan Kluster Pagar Siput…

Read More