3,306 kes baharu, 4 kematian

PUTRAJAYA 18 Jan. – Malaysia mencatatkan 3,306 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah kumulatif kes jangkitan virus di negara ini meningkat kepada 161,740.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 3,299 kes adalah penularan tempatan dan tujuh lagi jangkitan dari luar negara.

Sebanyak 107 kes (3.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (65 kes), Kluster Tembok Mempaga (35 kes), Kluster Tembok Nanas (4 kes), Kluster Damai Pelangi (2 kes), dan Kluster Pagar Siput (1 kes).

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 38,791 dan kes sembuh terbaharu adalah 3,306.

Pada masa sama, empat lagi kematian dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat Covid-19 sebanyak 605 kes.

Setakat ini, seramai 226 orang pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 94 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment