Sembilan kluster baharu, 299 aktif

PUTRAJAYA 18 Jan. – Setakat ini, terdapat 660 kluster dilaporkan termasuk sembilan kluster baharu yang direkodkan pada hari ini.

Jumlah kluster yang tamat pula adalah sebanyak 361, termasuk dua yang tamat hari ini di Sabah iaitu Kluster Mesra dan Kluster Samudera.

Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah 299 kluster dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 81 melaporkan pertambahan kes pada hari ini.

Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Muda (217 kes), Kluster Tapak Bina Perdana Avenue (145 kes), dan Kluster Tapak Bina Casuarina (76 kes).

Sembilan  kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini adalah :

  • KLUSTER TAMAN TASIK SUNGAI CHUA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 18 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah pasar raya. Nama kluster merujuk kepada kediaman kes-kes dalam kluster ini iaitu di Taman Tasik Sungai Chua, Kajang, Selangor. Sehingga 18 Januari 2021, sejumlah 147 individu disaring, di mana 60 kes dikesan positif.

  • KLUSTER KOMPLEKS SEGAMAHA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kinabatangan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-152949) dilaporkan positif Covid-19 pada 16 Januari 2021 hasil saringan di tempat kerja. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja ladang kelapa sawit di Kompleks Segamaha, Kinabatangan, Sabah. Sehingga 18 Januari, sejumlah 250 individu disaring, di mana 58 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN BUKIT BENDERA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Kinabalu, Papar, dan Beaufort di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-125850) dilaporkan positif Covid-19 pada 7 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster  ini melibatkan sebuah institusi awam yang terletak di Jalan Bukit Bendera, Kota Kinabalu. Sehingga 18 Januari, sejumlah 100 individu disaring, di mana 20 kes dikesan positif.

.

  • KLUSTER JALAN SURIA

Kluster ini melibatkan sebuah pusat perubatan swasta di Jalan Suria, Johor Bahru, Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-157417) dilaporkan positif Covid-19 pada 17 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala.  Sehingga 18 Januari, sejumlah 686 individu disaring, di mana 24 kes dikesan positif.

  • KLUSTER TAPAK BINA JALAN NIPAH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 18 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah tapak binaan di Jalan Nipah, Titiwangsa. Sehingga 18 Januari 2021, sejumlah 517 individu disaring, di mana 29 kes positif.

  • KLUSTER TAPAK BINA ERA DUTA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 18 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah tapak binaan di Jalan Dutamas, Kepong. Sehingga 18 Januari 2021, sejumlah 420 individu disaring, di mana 20 kes dikesan positif.

  • KLUSTER PULAU LIMA

Kluster ini melibatkan daerah Pasir Puteh di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-135920) dilaporkan positif Covid-19 pada 10 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Kampung Pulau Lima, Pasir Puteh, Kelantan. Sehingga 18 Januari, sejumlah 27 individu disaring, di mana sembilan kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN TJ

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-127007) merupakan seorang pekerja kilang yang dilaporkan positif Covid-19 pada 7 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kilang tersebut di Jalan TJ, Kawasan Perindustrian Tuanku Jaafar. Sehingga 18 Januari, sejumlah 129 individu disaring, di mana 39 kes dikesan positif.

  • KLUSTER KAFE GENTING

Kluster tempat kerja ini melibatkan sebuah kafe pusat rekreasi di Genting Highlands, Bentong, Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-118989) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 3 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 18 Januari 2021, sejumlah 104 individu telah disaring, di mana 31 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment