Konflik AS, Iran bakal masuk fasa baharu

WASHINGTON – Konflik yang berlarutan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran dijangka memasuki fasa baharu selepas pilihan raya pertengahan penggal AS pada November selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menolak kemungkinan menghidupkan semula gencatan senjata.

Wall Street Journal (WSJ) melaporkan Trump percaya serangan ke atas Iran berkemungkinan disambung semula selepas pilihan raya itu, menandakan pendirian lebih tegas Washington terhadap Tehran.

Sebelum ini, Trump menyatakan beliau tidak menjangka rundingan baharu dengan Iran akan menjadi keutamaan Washington dan berpendapat perang itu boleh berakhir hanya selepas pilihan raya pertengahan penggal berlangsung.

Hubungan kedua-dua negara kekal tegang selepas siri serangan dan tindakan balas yang melibatkan kepentingan AS, Iran serta sekutunya di rantau Asia Barat, termasuk gangguan terhadap perkapalan di Selat Hormuz yang merupakan laluan penting perdagangan tenaga dunia.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh kerajaan Iran berhubung laporan WSJ itu.

Pemerhati berpendapat sebarang peningkatan semula tindakan ketenteraan selepas pilihan raya AS berpotensi menjejaskan kestabilan serantau serta memberi kesan kepada pasaran tenaga global yang masih bergelut dengan ketidaktentuan akibat konflik berkenaan.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment