Mangsa banjir di Sabah meningkat

SEKRETARIAT Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah berkata jumlah mangsa bertambah kepada 716 orang berbanding 673  pagi tadi dengan semua ditempatkan di 17 PPS di negeri itu.

Tenom dan Papar menjadi daerah terbaharu melibatkan pemindahan mangsa iaitu masing-masing 25 dan 19 orang, manakala tujuh daerah lain yang masih dilanda banjir ialah Kota Belud membabitkan 210 mangsa, Tuaran (115), Kota Kinabalu (101), Paitan (69), Beaufort (78), Penampang (76) dan Putatan (23).

Related posts

Leave a Comment