2,163 kes baharu di Filipina

MANILA 18 Jan. – Setakat pukul 4 petang ini, Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina melaporkan 2,163 kes baharu Covid-19, tertinggi dalam tempoh lebih dua bulan menjadikan jumlah keseluruhan 502,736 kes.

Angka hari ini menunjukkan peningkatan berbanding jumlah yang direkodkan semalam sebanyak 1,895 kes.

Jumlah pesakit yang meninggal dunia juga meningkat kepada 9,909 orang selepas 14 lagi kematian dilaporkan.

Hanya dua kes sembuh dilaporkan hari ini yang membawa kepada 465,988 pulih dengan kes aktif pula 26,839.

Setakat ini Filipina yang mempunyai kira-kira 110 juta penduduk telah merekodkan lebih 6.84 juta orang sudah menjalani saringan Covid-19 sejak virus itu mula dikesan Januari tahun lalu.

Tiada peningkatan kes yang ketara di Metro Manila, sejak Disember tahun lalu sebaliknya lonjakan kes dilaporkan di wilayah Cebu tengah Filipina, wilayah Lembah Cagayan dan Wilayah Pentadbiran Cordillera di utara Filipina.

Related posts

Leave a Comment