Kes di Singapura kini 59,127

SINGAPURA 18 Jan. – Setakat tengah hari ini, Singapura merekodkan 14 kes baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes 59,127 dengan jumlah kematian kekal

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), 12 adalah kes import yang dikenakan notis jangan keluar rumah atau diasingkan sebaik tiba di Singapura, manakala dua

kes dalam kalangan masyarakat (tempatan).

Dua kes tempatan ada kaitan dengan kes 59280, yang bermula selepas seorang lelaki warga Singapura 32, pembantu doktor haiwan dengan Unit K-9 di SPF diuji positif.

Kedua-duanya adalah anggota keluarga Kes 59365, iaitu seorang lelaki Singapura berusia 44 tahun yang bekerja sebagai pegawai pentadbiran di lokasi yang sama dengan lelaki berusia 32 tahun itu.

Dua belas kes import pula turut melibatkan dua rakyat Singapura dan empat penduduk tempatan yang pulang dari India, Mexico, Pakistan, Switzerland, Britain dan Amerika Syarikat.

Empat daripada mereka adalah pemegang permit kerja yang tiba dari Bangladesh, India dan Malaysia dan baki adalah pemegang pas tanggungan yang tiba dari India dan seorang pemegang pas pelajar yang tiba dari Republik Czech.

MoH juga menambah ke dalam senarainya beberapa tempat baharu yang dikunjungi kes dalam masyarakat semasa berjangkit, antaranya pusat-pusat membeli belah  popular seperti Lot One Shoppers’ Mall dan Junction 10.

Sementara itu, 22 pesakit sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kes pulih 58,868 manakala 44 kes masih dirawat di hospital yang kebanyakan dalam keadaan stabil atau semakin pulih.

Related posts

Leave a Comment