Jumlah kumulatif Sabah 44,076

KOTA KINABALU 18 Jan. – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, merekodkan 432 kes positif baharu Covid-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 44,076 dengan satu kematian baharu direkodkan di Kudat.

Pada masa sama, seramai 438 pesakit Covid-19 sembuh menjadikan jumlah kumulatif sembuh 39,764 orang sementara 2,906 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 794 orang di hospital dan 2,112 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC)

Seramai 91 pesakit Covid-19  dalam  ICU  dan  23  orang  pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daripada 432 kes positif Covid-19 yang direkodkan, sebanyak 308 kes (71.3%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 62 kes (14.4%), saringan kluster baharu dan sedia ada   20 kes (4.6%), saringan ladang (PERKESO)   15 kes (3.5%), saringan pelajar masuk asrama 10 kes (2.3%) dan 17 kes (3.9%) adalah daripada lain-lain kategori.

Jumlah  kapasiti  katil  di  Hospital  Covid-19  adalah  sebanyak  1,040  unit manakala di PKRC Awam pula berjumlah 4,633 unit.

Jumlah katil di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / penjara pula kekal 1,100 unit menjadikan jumlah keseluruhan 6,773 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 42.91%.

Related posts

Leave a Comment