Akaun palsu PM Singapura

PERDANA Menteri Singapura Lee Hsien Loong mengingatkan warganet agar tidak terpedaya dengan akaun palsu Facebook yang menayangkan klip beliau kononnya mempromosikan ‘hadiah percuma’. Kebanyakan akaun ini, ujar Lee di Facebook, menjanjikan wang yang mudah diperolehi jika anda berkongsi pautan kumpulan Facebook lantas menularkan penipuan ini lagi.  “Jika anda melihat lampiran pos ini, jangan ‘klik’ pada pautan tersebut. Mereka ingin memperdaya anda agar mendedahkan butiran bank atau maklumat peribadi lain. Sebaliknya, laporkan lampiran pos itu kepada Pasukan Polis Singapura. “Cuba catatkan pada URL pos itu kerana tangkap layar tidak selalu memberi…

Read More

110 kes, 4 kematian di Saudi

RIYADH 9 Jan. – Jumlah kes harian jangkitan Covid-19 di Arab Saudi hari ini merekodkan 110 kes, naik sedikit berbanding 97 kes semalam. Menurut Kementerian Kesihatan, empat lagi pesakit meninggal dunia, angka yang sama seperti semalam manakala kes aktif 2.024 di mana 308 kritikal. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 363,692 dengan jumlah kematian pula 6,286. Kementerian juga melaporkan 174 kes pesakit sembuh dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah sembuh 355,382 atau 97.69 peratus. Sementara itu, Riyadh menjadi wilayah tertinggi dengan merekodkan 40 kes…

Read More

Hari kedua lepasi 10,000 kes

INDONESIA sekali lagi merekodkan kes harian melepasi angka 10,000 apabila buat hari kedua jumlah kes baharu merekodkan 10,046 kes berbanding semalam, 8 Januari sebanyak 10,617 kes. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 818,400 kes dengan kes aktif sebanyak 120,928. Kes sembuh pula terus menunjukkan peningkatan dengan catatan 673,511 pesakit pulih berbanding semalam sebanyak 666,883. Sebanyak 194 kematian lagi dilaporkan dalam tempoh 24 jam (pukul 12 tengah hari 8 Januari sehingga 12 tengah hari 9 Januari ) menjadikan jumlah kematian keseluruhan akibat Covid-19 kini 23,950 orang. Wilayah Jakarta mencatatkan jumlah…

Read More

Tarik balik sokongan pada PN

KOTA BHARU 09 Jan. – Ahli Parlimen Machang daripada Barisan Nasional (BN), Ahmad Jazlan Yaakob, mengumumkan menarik diri daripada menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) diketuai Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, berkuat kuasa serta merta. Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, berkata surat makluman tindakan itu akan dihantar kepada Presiden UMNO,  Dr Ahmad Zahid Hamidi, dengan segera. “Sebanyak 12 daripada 14 bahagian (UMNO) meminta saya mempertimbangkan agar menarik balik sokongan kepada kerajaan PN yang ditunjangi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu ) kerana Perdana Menteri daripada parti itu. “Pada hemat kami,…

Read More

256 kluster masih aktif

PUTRAJAYA 9 Jan. – Setakat ini, sebanyak 581 kluster dilaporkan termasuk lima kluster baharu hari ini. Daripada jumlah itu, kluster yang tamat pula adalah sebanyak 325, termasuk enam  yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Bukit Gemok, Kluster Erima, Kluster Baloi, Kluster Talang-talang, Kluster View Kolombong, dan Kluster Jalan Kilang. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 256 kluster. Sebanyak  58 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini termasuk Kluster Penjara Jalan Harapan (291kes), Kluster Beringin (226 kes), dan Kluster Jalan Perindustrian (115 kes). Lima kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini adalah: 1. KLUSTER MIKRO Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah…

Read More

2,451 kes baharu, 5 kematian

PUTRAJAYA 9 Jan. – Sebanyak 2,451 kes positif Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 133,559 kes dengan jumlah kes aktif kebolehjangkitan adalah 26,185 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lima kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan Covid-19 dalam negara pula adalah sebanyak 2,446 kes.  Bagi kes penularan di dalam negara, 1,858 kes adalah warganegara Malaysia dan 588 kes adalah bukan warganegara. Sebanyak 327 kes (13.3 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (291 kes), Kluster Telok Mas (17 kes), Kluster Tembok…

Read More

Thailand catat 212 kes baharu

BANGKOK 9 Jan. – Sebanyak 212 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Thailand menjadikan jumlah keseluruhan mencecah 10,053 kes,sementara kematian kekal 67. Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi bagi Covid-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata, 193 adalah penularan tempatan dan 19 kes import Daripada 19 kes import itu, 14 yang dikuarantin selepas tiba dari luar negara iaitu empat dari Jerman, masing-masing tiga dari Turki dan Emiriyah Arab Bersatu, masing-masing satu dari Uganda dan United Kingdom dan dua dari Amerika Syarikat. Lima lagi adalah yang tiba dari  Myanmar yang melibatkan empat wanita Thai dan seorang…

Read More

London kritikal rawat pesakit

LONDON: Datuk Bandar London, Sadiq Khan mengisytiharkan bandar itu kini kritikal dalam merawat pesakit Covid-19 susulan tekanan yang dialami di hospital-hospital bandar itu. Beliau menyifatkan ia sebagai “insiden buruk” selepas penularan varian baharu yang memaksa pihak hospital ke tahap paling maksimum. Ini berikutan peningkatan pesakit Covid-19 di bandar itu sehingga 27 peratus dalam seminggu hingga 6 Januari lalu. Menurut Jabatan Statistik Nasional negara itu, satu daripada 30 orang di London disahkan positif dalam tempoh berkenaan. Malah Britain turut merekodkan 1,325 kes kematian akibat Covid-19 pada Jumaat, dan ia merupakan jumlah…

Read More

Nasi Lemak Comel

PAGI ni selepas solat Subuh, kayuh basikal pelan-pelan keluar ke kawasan Masjid Bandar Seri Putra. Pusing-pusing cari apa yang sesuai untuk menyorok. Dan tidak jauh dari situ ada satu gerai Nasi lemak comel RM1. Madsud comel ni biasanya termasuklah ‘kecik’. Benarlah saiz tak sebesar nasi lemak biasa. Rasanya eloklah untuk lapik perut. Pagi-pagi jangan sumbat banyak sangat. Berbaloi dengan harganya. Khabarnya ada restoran di Bangi.

Read More