Akaun palsu PM Singapura

PERDANA Menteri Singapura Lee Hsien Loong mengingatkan warganet agar tidak terpedaya dengan akaun palsu Facebook yang menayangkan klip beliau kononnya mempromosikan ‘hadiah percuma’.

Kebanyakan akaun ini, ujar Lee di Facebook, menjanjikan wang yang mudah diperolehi jika anda berkongsi pautan kumpulan Facebook lantas menularkan penipuan ini lagi. 

“Jika anda melihat lampiran pos ini, jangan ‘klik’ pada pautan tersebut. Mereka ingin memperdaya anda agar mendedahkan butiran bank atau maklumat peribadi lain. Sebaliknya, laporkan lampiran pos itu kepada Pasukan Polis Singapura.

“Cuba catatkan pada URL pos itu kerana tangkap layar tidak selalu memberi maklumat yang diperlukan bagi mengenal pasti pos palsu ini,” tulis Lee.

Beliau yang berharap warganet kekal berwaspada selalu mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah memberitahunya tentang akaun-akaun palsu itu.

Related posts

Leave a Comment