110 kes, 4 kematian di Saudi

RIYADH 9 Jan. – Jumlah kes harian jangkitan Covid-19 di Arab Saudi hari ini merekodkan 110 kes, naik sedikit berbanding 97 kes semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan, empat lagi pesakit meninggal dunia, angka yang sama seperti semalam manakala kes aktif 2.024 di mana 308 kritikal.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 363,692 dengan jumlah kematian pula 6,286.

Kementerian juga melaporkan 174 kes pesakit sembuh dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah sembuh 355,382 atau 97.69 peratus.

Sementara itu, Riyadh menjadi wilayah tertinggi dengan merekodkan 40 kes diikuti Makkah 31 kes dan wilayah Timur serta Madinah masing-masing 12 kes.

Related posts

Leave a Comment