London kritikal rawat pesakit

LONDON: Datuk Bandar London, Sadiq Khan mengisytiharkan bandar itu kini kritikal dalam merawat pesakit Covid-19 susulan tekanan yang dialami di hospital-hospital bandar itu.

Beliau menyifatkan ia sebagai “insiden buruk” selepas penularan varian baharu yang memaksa pihak hospital ke tahap paling maksimum.

Ini berikutan peningkatan pesakit Covid-19 di bandar itu sehingga 27 peratus dalam seminggu hingga 6 Januari lalu.

Menurut Jabatan Statistik Nasional negara itu, satu daripada 30 orang di London disahkan positif dalam tempoh berkenaan.

Malah Britain turut merekodkan 1,325 kes kematian akibat Covid-19 pada Jumaat, dan ia merupakan jumlah kes kematian tertinggi sejak bermulanya pandemik di negara itu.

Terdapat lebih 7,000 pesakit Covid di hospital-hospital London.

Related posts

Leave a Comment