Hari kedua lepasi 10,000 kes

INDONESIA sekali lagi merekodkan kes harian melepasi angka 10,000 apabila buat hari kedua jumlah kes baharu merekodkan 10,046 kes berbanding semalam, 8 Januari sebanyak 10,617 kes.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 818,400 kes dengan kes aktif sebanyak 120,928.

Kes sembuh pula terus menunjukkan peningkatan dengan catatan 673,511 pesakit pulih berbanding semalam sebanyak 666,883.

Sebanyak 194 kematian lagi dilaporkan dalam tempoh 24 jam (pukul 12 tengah hari 8 Januari sehingga 12 tengah hari 9 Januari ) menjadikan jumlah kematian keseluruhan akibat Covid-19 kini 23,950 orang.

Wilayah Jakarta mencatatkan jumlah kes positif tertinggi iaitu 203,411 kes dengan tambahan 2,753 lagi kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Jawa Timur pula mencatatkan jumlah kes kematian keseluruhan tertinggi iaitu seramai 6,380 orang dengan 66 lagi kematian bagi tempoh berkenaan.

Related posts

Leave a Comment