1,581 kes baharu, 2 kematian

PUTRAJAYA 24 Dis. – Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 kini mencecah lebih 100,000 kes iaitu 100,318 dengan jumlah kes harian sebanyak 1,581 dengan kes aktif kebolehjangkitan 18,773. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes sembuh Covid-19 hari ini ialah 1,085 menjadikan jumlah kumulatif pesakit yang pulih sepenuhnya ialah 81,099 orang.  Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan Covid-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,579 kes. Dr Noor Hisham berkata sehingga kini, terdapat 102 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di…

Read More

Malaysia cecah 100,000 kes

MALAYSIA kini disenaraikan dalam kelompok hampir 30 negara di dunia yang merekodkan lebih 100,000 kes jangkitan Covid-19 apabila data hari ini menunjukkan peningkatan kepada 100,318 kes. Mendahului senarai kumpulan 100,000 seperti dilaporkan oleh Johns Hopkins University adalah Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang merekodkan 198,435 kes. Ini diikuti Bulgaria 195,886, Kazakhstan 194,257, Belarus 181,113, Lebanon 163,225, Republik Dominican 162,496, Costa Rica 161,942, Slovakia 161,562, Armenia 156,142, Bolivia 152,064, Kuwait 148,773, Denmark 144,058, Qatar 142,605. Moldova 138,213, Guatemala 134,256, Greece 133,365, Tebing Barat dan Gaza 129,080, Oman 128,290, Mesir 127,972, Tunisia 125,000, Lithuania…

Read More

Ucap selamat Seri Paduka

KUALA LUMPUR 24 Dis. – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyampaikan ucap selamat kepada masyarakat beragama Kristian di seluruh negara yang menyambut Krismas esok. Baginda berdua menzahirkan harapan agar perayaan ini membawa keamanan, kemakmuran, perpaduan dan kegembiraan kepada semua yang menyambutnya. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara, Seri Paduka Baginda bertitah agar rakyat tidak gusar dan bersedih kerana tidak dapat meraikan perayaan ini seperti kelaziman ekoran penularan wabak Covid-19. “Walaupun perayaan ini terpaksa disambut dengan pelbagai…

Read More

Vaksin: Hasrat UAE dihargai

KUALA LUMPUR 24 Dis. – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan setinggi penghargaan kepada kerajaan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang berhasrat menyumbang vaksin Covid-19 kepada Malaysia. Penghargaan itu disampaikan ketika menerima menghadap Menteri Kesihatan dan Prevensi UAE Dr Abdul Rahman Mohammed Al Owais  di Emirates Palace, Abu Dhabi hari ini. Sesi menghadap itu adalah satu daripada acara lawatan khas lima hari Al-Sultan Abdullah ke Abu Dhabi, UAE. Dalam satu kenyataan, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin bagaimanapun berkata, beberapa proses perlu diambil kira bagi mengetahui kebolehlaksanaan kajian klinikal…

Read More

Hari ke-232 tanpa kes

BANDAR SERI BEGAWAN 24 Dis. – Kementerian Kesihatan mengumumkan tiada kes baharu Covid-19 dan merekodkan hari ke-232 tanpa jangkitan tempatan dengan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Brunei Darussalam kekal 152 orang. Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar berkata, sebanyak 11 kes import dilaporkan (terakhir pada 8 Disember 2020) manakala kes jangkitan tempatan terakhir dilaporkan pada 6 Mei lalu. Menurut beliau lagi, jumlah keseluruhan kes yang sembuh setakat ini, seramai 149 orang.  Mengenai Situasi Terkini Jangkitan Covid-19, sebanyak 752 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori, sementara seramai 9,943 orang menamatkan pengasingan…

Read More

Pantau pelawat Korea Selatan

SINGAPURA 24 Dis. – Semua pelawat yang memasuki Singapura mulai 26 Disember yang pernah melakukan perjalanan ke Korea Selatan dalam tempoh 14 hari sebelum tarikh tersebut perlu menjalani notis jangan keluar rumah di kemudahan khusus. Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan menjelaskan langkah itu diambil berikutan lonjakan kes di Korea Selatan. Langkah-langkah baru itu terpakai ke atas para pelawat yang berpangkalan di Singapura di bawah skim Laluan Hijau Timbal Balik Singapura-Korea Selatan (RGL). Ia juga termasuk pelawat yang melakukan transit melalui Korea Selatan. MOH menambah bahawa pelawat dari Hong Kong,…

Read More

Lebih 500,000 daftar Sehaty

RIYADH: Lebih 500,000 orang di Arab Saudi telah mendaftar diri setakat ini bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech sejak pendaftaran dibuka mulai 15 Disember lalu. Menurut catatan Facebook Kementerian Kesihatan Arab Saudi, permohonan itu dibuat melalui aplikasi Sehaty (My Health). Jumlah itu dijangka akan terus meningkat yang melibatkan penduduk dari pelbagai wilayah di negara itu. Suntikan itu akan diberikan secara percuma kepada warganegara dan penduduk negara itu yang meliputi tiga peringkat. Peringkat pertama melibatkan warga negara dan penduduk yang berusia 65 tahun keatas, mereka yang rentan terhadap infeksi, dan mereka…

Read More

Singapura kesan ‘virus dari UK’

SINGAPURA 24 Dis. – Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mengesahkan kes pertama Covid-19 yang dijangkiti dengan sejenis virus yang dilaporkan lebih mudah berjangkit dan sedang menular di United Kingdom. Dalam satu kenyataan malam tadi, MOH memaklumkan, kes berkenaan yang dikenali sebagai Kes 58504 merupakan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang menuntut di UK sejak Ogos lalu. Remaja itu pulang ke Singapura pada 6 Disember di mana dia menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) di sebuah kemudahan khas sejurus selepas dia tiba di sini. Remaja berkenaan jatuh sakit pada 7 Disember…

Read More

21 kes import di Singapura

SINGAPURA melaporkan 21 kes baharu  Covid-19 pada Rabu (23 Disember ),semuanya kes import yang sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya mereka di Singapura. Lapan daripada mereka adalah rakyat Singapura atau Penduduk Tetap (PR) dan sembilan yang lain adalah pembantu rumah warga asing. Pada Selasa, 21 daripada 29 kes baru juga merupakan pembantu rumah warga asing. Tiada kes baharu  yang terjangkit secara penularan tempatan.  

Read More