Hari ke-232 tanpa kes

BANDAR SERI BEGAWAN 24 Dis. – Kementerian Kesihatan mengumumkan tiada kes baharu Covid-19 dan merekodkan hari ke-232 tanpa jangkitan tempatan dengan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Brunei Darussalam kekal 152 orang.

Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar berkata, sebanyak 11 kes import dilaporkan (terakhir pada 8 Disember 2020) manakala kes jangkitan tempatan terakhir dilaporkan pada 6 Mei lalu.

Menurut beliau lagi, jumlah keseluruhan kes yang sembuh setakat ini, seramai 149 orang.

 Mengenai Situasi Terkini Jangkitan Covid-19, sebanyak 752 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori, sementara seramai 9,943 orang menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020.

 Seterusnya, dalam tempoh 24 jam lalu, sebanyak 131 sampel ujian virus SARS-CoV-2 dilaksanakan dan ini membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 ialah sebanyak 82,039 ujian.

Mengenai vaksin, kerajaan sedang mengenal pasti vaksin yang selamat dan berkesan serta mengadakan rundingan dengan pengeluar vaksin.

 

Related posts

Leave a Comment