Lebih 500,000 daftar Sehaty

RIYADH: Lebih 500,000 orang di Arab Saudi telah mendaftar diri setakat ini bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech sejak pendaftaran dibuka mulai 15 Disember lalu.

Menurut catatan Facebook Kementerian Kesihatan Arab Saudi, permohonan itu dibuat melalui aplikasi Sehaty (My Health).

Jumlah itu dijangka akan terus meningkat yang melibatkan penduduk dari pelbagai wilayah di negara itu.

Suntikan itu akan diberikan secara percuma kepada warganegara dan penduduk negara itu yang meliputi tiga peringkat.

Peringkat pertama melibatkan warga negara dan penduduk yang berusia 65 tahun keatas, mereka yang rentan terhadap infeksi, dan mereka yang mengalami obesiti dengan BMI di atas 40.

Kementerian memberi jaminan vaksin itu selamat bagi membendung penularan pandemik Covid-19.

Related posts

Leave a Comment