Malaysia cecah 100,000 kes

MALAYSIA kini disenaraikan dalam kelompok hampir 30 negara di dunia yang merekodkan lebih 100,000 kes jangkitan Covid-19 apabila data hari ini menunjukkan peningkatan kepada 100,318 kes.

Mendahului senarai kumpulan 100,000 seperti dilaporkan oleh Johns Hopkins University adalah Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang merekodkan 198,435 kes.

Ini diikuti Bulgaria 195,886, Kazakhstan 194,257, Belarus 181,113, Lebanon 163,225, Republik Dominican 162,496, Costa Rica 161,942, Slovakia 161,562, Armenia 156,142, Bolivia 152,064, Kuwait 148,773, Denmark 144,058, Qatar 142,605.

Moldova 138,213, Guatemala 134,256, Greece 133,365, Tebing Barat dan Gaza 129,080, Oman 128,290, Mesir 127,972, Tunisia 125,000, Lithuania 123,889, Ethiopia 120,989, Burma 118,869, Honduras 118,036.

Slovenia 112,004, Venezuela 111,024, Bosnia and Herzegovina 107,570, Paraguay 102,371 dan Malayisa 100,318.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan masyarakat  untuk lebih berwaspada dan berhati-hati susulan peningkatan kes Covid-19 dalam negara yang telah mencapai  100,318 kes.

Katanys, dalam meraikan sambutan Hari Krismas, rakyat Malaysia juga perlu patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan.

Rakyat Malaysia diingatkan untuk mengurangkan risiko jangkitan di antara ahli keluarga dan rakan-rakan dengan mengamalkan norma baharu seperti elakkan sembang dari jarak dekat dan menggunakan pelitup muka.

“Elakkan daripada berkumpul dalam jangka masa yang lama kerana ia akan meningkatkan risiko penularan jangkitan Covid-19.

Selain itu, hendaklah sentiasa amalkan kebersihan kendiri dengan kerap mencuci tangan dan juga menjaga kebersihan persekitaran,” katanya

Malah, katanya sejajar dengan perkembangan teknologi telekomunikasi terkini, rakyat Malaysia digalakkan untuk memanfaatkan panggilan video sebagai gantian amalan ziarah-menziarahi.

“Dengan amalan baharu ini, kita sama-sama dapat melindungi warga tua dan kumpulan-kumpulan rentan daripada dijangkiti Covid-19,” ujarnya.

Related posts

Leave a Comment