1,581 kes baharu, 2 kematian

PUTRAJAYA 24 Dis. – Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 kini mencecah lebih 100,000 kes iaitu 100,318 dengan jumlah kes harian sebanyak 1,581 dengan kes aktif kebolehjangkitan 18,773.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes sembuh Covid-19 hari ini ialah 1,085 menjadikan jumlah kumulatif pesakit yang pulih sepenuhnya ialah 81,099 orang. 

Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan Covid-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,579 kes.

Dr Noor Hisham berkata sehingga kini, terdapat 102 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 45 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu seorang remaja perempuan warganegara Malaysia berumur 15 tahun dilaporkan meninggal dunia di  Hospital Lahad Datu Sabah manakala mangsa kedua  lelaki rakyat Malaysia berusia 61 tahun meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent, Sandakan dan dilaporkan menghidapi penyakit darah tinggi, dislipidemia, dan strok.

Dengan perkembangan ini, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 446 kes (0.45 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Related posts

Leave a Comment