Kes di Arab Saudi turun

RIYADH 14 Dis. – Arab Saudi terus merekodkan penurunan kes jangkitan Covid-19 apabila jumlah kes yang direkodkan hari ini 125, angka terendah berbanding 139 semalam serta 166 (12 Dis.), 168 (11 Dis) dan 141 (10 Dis.) Menurut Kementerian Kesihatan, ini menjadikan jumlah kumulatif kes jangkitan adalah 360,013 manakala 11 lagi pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 6,059. Bagi tempoh 24 jam juga, sebanyak 243 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah kes pulih meningkat kepada 350,792 kes manakala kes aktif pula sebanyak 3,162 di mana 493 kritikal. Sementara itu, semua…

Read More

Kes naik di Indonesia, Thailand

KEMENTERIAN Kesihatan Indonesia melaporkan 5,489 lagi kes baharu Covid-19 dikesan dalam tempoh 24 jam (12 tengah hari Ahad hingga 12 tengah hari Isnin) menjadikan jumlah kumulatif jangkitan positif  meningkat kepada 623,309 kes. Bagi tempoh yang sama, sebanyak 137 lagi pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah kematian akibat virus itu meningkat kepada 18,956 kes. Sementara itu jumlah pesakit pulih meningkat kepada 510,957 orang termasuk 5,121 yang dilaporkan sembuh hari ini. Jakarta terus mencatatkan jumlah tertinggi jangkitan dengan 1,506 kes baharu menjadikan keseluruhan jangkitan kes di bandar raya itu 154,005 kes. Sementara itu,…

Read More

Kabinet dahului terima vaksin

SINGAPURA 14 Dis. – Perdana Menteri Lee Hsien Loong, menghargai semangat kerjasama warga negara itu yang bersama-sama mematuhi undang-undang bagi mengawal koronavirus Covid-19. “Kita kekal bersatu, sentiasa berjaga-jaga dan tidak membenarkan diri kita mudah berpuas hati dari masa ke masa,” katanya dalam ucapan yang disiarkan melalui televisyen. Sambil berbangga dengan pencapaian selama ini, beliau berkata berikutan sokongan penuh setiap orang, langkah berjaga-jaga yang dikuatkuasakan berjaya dan pemerintah boleh melonggarkan sekatan yang dilaksanakan. Justeru, Singapura yang akan memasuki fasa ketiga pembukaan semula dalam masa dua minggu lagi pada 28 Disember, akan menamatkan tahun 2020…

Read More

Kes di Sabah kini 33,111

KOTA KINABALU 14 Dis. – Sebanyak 283 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan di Sabah hari ini menjadikan jumlah  kumulatif sebanyak 33,111 kes dengan dua kematian dicatatkan iaitu di daerah Tawau dan Kota Kinabalu. Pada hari ini, seramai 434 pesakit Covid-19 telah sembuh menjadikan jumlah kumulatif sembuh 29,883 orang. Ketika ini, 2,143 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 614 orang di hospital dan 1,529 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC). Daripada jumlah itu, 61 di ICU dan 16 memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Menurut Jabatan Kesihatan, daerah Pitas bertukar…

Read More

Kluster Solar Ria Senu Setia

SETAKAT 14 Disember 2020, terdapat 418 kluster dilaporkan termasuk dua kluster baharu hari ini. Jumlah kluster yang tamat pula adalah 227 termasuk dua kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Benteng LD di Sabah dan Kluster Greenhill di Sarawak. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah 191. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 46 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Ceram (220 kes), Kluster Tapak Bina Muda (143 kes) dan Kluster Teratai (81 kes). Dua kluster baharu yang melibatkan tempat…

Read More

Selangor kekal kes tertinggi

SELANGOR kekal melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 532 kes (38.8 peratus) di mana 420 kes (78.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang sedang giat dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sabah sebanyak 283 kes (20.6 peratus) dan Negeri Sembilan sebanyak 260 kes (19.0 peratus). Sebanyak 72 kes (5.3 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok (48 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (22 kes), Kluster Matambai (satu kes), dan Kluster Penjara Kepayan (satu kes). Selangor: 532 kes  311…

Read More

1,371 kes baharu, 4 maut

PUTRAJAYA 14 Dis. – Sebanyak 1,371 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif meningkat kepada 84,846 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Daripada jumlah kes baharu itu, 1,370 kes adalah penularan Covid-19 dalam negara, dan satu kes mendapat jangkitan dari luar negara. Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah sebanyak 13,830 kes. Bilangan kes sembuh pula adalah sebanyak 1,204 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 adalah 70,597 kes (83.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Sehingga kini, terdapat 114 kes positif…

Read More

Kerajaan PN bakal jatuh?

KUALA LUMPUR 14 Dis. – Apakah kesudahan Belanjawan 2021? Adakah kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan jatuh esok, 15 Disember? Benarkah Anwar Ibrahim mempunyai sokongan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk meneruskan impian sebagai Perdana Menteri? Menjelang esok, dua veteran politik negara, Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah muncul dalam satu sidang media bersama dan memohon Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk menolak Bacaan Kali Ketiga Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021 yang dijadualkan esok. Mereka berkata, dengan penolakan Rang Undang-Undang Pembekalan itu, ia boleh diterjemahkan sebagai penolakan kepada Kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri…

Read More

Suami isteri maut di lebuh raya

SLIM RIVER 14 Dis. –  Pasangan suami isteri maut selepas motosikal yang mereka naiki berlanggar dengan sebuah kereta lalu terbakar di Kilometer 363.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Mohamad Nazrul, 41, dan isterinya dikenali sebagai Norwahidah, 34. Menurutnya, dalam kemalangan kira-kira pukult 1 tengah hari itu, Mohamad Nazrul maut di tempat kejadian manakala isterinya meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Slim River. Katanya, siasatan awal mendapati pemandu Toyota Altis dari…

Read More

MP Parit juga nafi SD Anwar

IPOH 14 Dis. – Seorang lagi tampil membuat penafian. Kali ini Ahli Parlimen Parit Nizar Zakaria menafikan beliau antara 10 wakil rakyat UMNO yang didakwa menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri. Nizar, yang juga Ketua UMNO Bahagian Parit, menegaskan, walau apapun keadaan beliau akan tetap setia dengan parti serta Barisan Nasional (BN) dan menafikan terlibat dalam polemik itu. “Saya tidak pernah menandatangani sebarang SD menyokong Anwar. Sampai bila-bila saya tidak akan berpaling daripada UMNO dan BN, sentiasa berpegang kepada prinsip serta akur segala arahan dan keputusan UMNO,” katanya…

Read More