Kes di Sabah kini 33,111

KOTA KINABALU 14 Dis. – Sebanyak 283 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan di Sabah hari ini menjadikan jumlah  kumulatif sebanyak 33,111 kes dengan dua kematian dicatatkan iaitu di daerah Tawau dan Kota Kinabalu.

Pada hari ini, seramai 434 pesakit Covid-19 telah sembuh menjadikan jumlah kumulatif sembuh 29,883 orang.

Ketika ini, 2,143 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 614 orang di hospital dan 1,529 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC). Daripada jumlah itu, 61 di ICU dan 16 memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Menurut Jabatan Kesihatan, daerah Pitas bertukar dari zon merah ke zon jingga.

Sementara itu, daripada 283 kes positif yang dicatatkan, sebanyak 155 kes (54.8%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat di 10 daerah, 64 kes (22.6%) dari saringan kluster-kluster sedia ada, saringan bergejala 36 kes (12.7%), saringan komuniti 6 kes (2.1%) dan 22 kes (7.8%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di Hospital Covid-19 adalah sebanyak 1,029 unit. Sementara, di PKRC adalah 5,566 unit menjadikan jumlah keseluruhan 6,595 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 32.49%.

Related posts

Leave a Comment