Selangor kekal kes tertinggi

SELANGOR kekal melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 532 kes (38.8 peratus) di mana 420 kes (78.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang sedang giat dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Sabah sebanyak 283 kes (20.6 peratus) dan Negeri Sembilan sebanyak 260 kes (19.0 peratus).

Sebanyak 72 kes (5.3 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok (48 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (22 kes), Kluster Matambai (satu kes), dan Kluster Penjara Kepayan (satu kes).

  • Selangor: 532 kes 
    • 311 kes daripada kluster-kluster, termasuk lapan (8) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Solar Ria;
    • 109 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 111 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 283 kes 
    • 65 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 155 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 63 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 260 kes
    • 252 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 124 kes
    • 76 kes daripada kluster-kluster, termasuk lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Senu Setia;
    • 15 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 33 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Related posts

Leave a Comment