Kluster Solar Ria Senu Setia

SETAKAT 14 Disember 2020, terdapat 418 kluster dilaporkan termasuk dua kluster baharu hari ini. Jumlah kluster yang tamat pula adalah 227 termasuk dua kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Benteng LD di Sabah dan Kluster Greenhill di Sarawak. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah 191. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 46 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Ceram (220 kes), Kluster Tapak Bina Muda (143 kes) dan Kluster Teratai (81 kes).

Dua kluster baharu yang melibatkan tempat kerja telah dikenal pasti hari ini iaitu:

  • KLUSTER SOLAR RIA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang, Kuala Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-73366) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 7 Disember 2020 melalui saringan sebelum pulang ke negara asal. Sehingga 14 Disember 2020, sejumlah 2,339 individu disaring, di mana 25 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini. Kluster ini melibatkan sembilan warganegara dan 16 bukan warganegara.

  • KLUSTER SENU SETIA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-83123) dilaporkan positif Covid-19 pada 13 Disember 2020 melalui saringan sebelum pulang ke negara asal. Sehingga 14 Disember 2020, sejumlah 26 individu disaring, di mana 13 kes dikesan positif Covid-19. Kesemua kes dalam kluster ini merupakan bukan warganegara.

Related posts

Leave a Comment