Kes di Arab Saudi turun

RIYADH 14 Dis. – Arab Saudi terus merekodkan penurunan kes jangkitan Covid-19 apabila jumlah kes yang direkodkan hari ini 125, angka terendah berbanding 139 semalam serta 166 (12 Dis.), 168 (11 Dis) dan 141 (10 Dis.)

Menurut Kementerian Kesihatan, ini menjadikan jumlah kumulatif kes jangkitan adalah 360,013 manakala 11 lagi pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 6,059.

Bagi tempoh 24 jam juga, sebanyak 243 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah kes pulih meningkat kepada 350,792 kes manakala kes aktif pula sebanyak 3,162 di mana 493 kritikal.

Sementara itu, semua wilayah merekodkan kes kurang daripada 50 kes di mana Riyadh merekodkan 46 kes, Makkah 31 dan wilayah Asir 14.

Related posts

Leave a Comment