141 kes harian Arab Saudi

RIYADH 10 Dis. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi terus menunjukkan penurunan apabila merekodkan 141 kes, angka terendah setakat ini berbanding 159 kes yang dicatatkan semalam. Sebelum ini dalam tempoh seminggu, Arab Saudi merekodkan 234 kes pada 4 Disember, diikuti hari berikutnya 190 ; 187; 209; 193 dan 159 kes semalam. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 10 lagi kematian dilaporkan akibat Covid-19 yang menjadikan jumlah pesakit meninggal dunia 6,012. Sebanyak 248 kes dilaporkan pulih dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 349,872 kes. Kes…

Read More

82.1 % sembuh di Indonesia

JAKARTA 10 Dis. – Ketika kes Covid-19 menunjukkan peningkatan di Indonesia, iaitu 598.933 kes, jumlah pesakit sembuh juga meningkat dengan merekodkan 491.975 orang atau 82.1 peratus daripada keseluruhan kes. Jumlah kumulatif kes sembuh itu termasuk 4,530 orang pesakit yang dilaporkan pulih hari ini sementara kes baharu adalah sebanyak 6.033 kes dan kes aktif 88.622 kes atau 14.8  peratus daripada keseluruhan kes. Kes sembuh tertinggi adalah di Jakarta dengan 1,042 kes diikuti Jawa Barat 783 kes Jawa Timur 673, Jawa Tengah 635 dan Kalimantan Timur 202. Bagi kes positif pula, daripada…

Read More

5 lagi kluster baharu dikesan

SETAKAT ini, sebanyak 401 kluster telah dilaporkan termasuk lima kluster baharu pada Khamis, 10 Disember 2020. Jumlah kluster yang tamat pula adalah sebanyak 214 kluster termasuk tiga kluster yang tamat pada 10 Disember iaitu Kluster Merbok di Selangor, Kluster Lintas di Sabah, dan Kluster Telipok juga di Sabah. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 187 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 57 kluster melaporkan pertambahan kes pada Khamis. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Seruling (843 kes), Kluster Hentian (315 kes) dan Kluster Tembok (104…

Read More

Selangor dijangka kekal tinggi

SELANGOR telah melaporkan sebanyak 842 kes (59.0 peratus) Kluster Seruling dan 315 kes (22.1 peratus) Kluster Hentian. Kes di negeri Selangor dijangkakan akan kekal tinggi susulan perluasan Program Saringan Pekerja Warga Asing oleh PERKESO dan tindakan proaktif majikan-majikan di Lembah Klang. Sehingga kini, pengesanan kontak rapat dan pengesanan kes secara aktif masih giat dijalankan di lapangan dan kes-kes yang terlibat telah diasingkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah MAEPS 2.0 dan Hospital Sungai Buloh.

Read More

Selangor mendahului kes

PUTRAJAYA 10 Dis. – Selangor mendahukui senarai dengan merekodkan 1,428 kes di mana 1,200 kes dari kluster sedia ada, 39 kluster baharu (Tapak Bina Jalan Bukit), 92 saringan kontak rapat dan 97 lain-lain saringan Daripada 2,234 lagi kes positif Covid-19 yang disahkan pada Khamis, Selangor menjadi negeri tertinggi dengan rekod kes harian iaitu 63.9 peratus daripada kes yang direkodkan hari ini. Kebanyakan kes positif di negeri Selangor pada hari ini melibatkan kluster-kluster berkaitan tempat kerja terutamanya Kluster Seruling yang merekodkan 842 kes (59.0peratus) dan Kluster Hentian 315 kes (22.1 peratus). Kes…

Read More

Kes cecah lebih 2,000 kes

PUTRAJAYA 10 Dis. – Kes Covid-19 dalam negara kembali kepada empat angka, dengan catatan sebanyak 2,234 lagi kes disahkan pada hari ini.. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata peningkatan kes tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 78,499 kes. Dalam satu kenyataan media, kes yang dicatatkan melibatkan 2,229 sebagai jangkitan tempatan, manakala lima lagi sebagai kes import. Pada masa sama, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan sebanyak tiga lagi kematian dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan angka korban akibat Covid-19 meningkat kepada 396. Di sebalik peningkatan kes positif, seramai 1,112…

Read More

Dana JASA kini RM40.5 juta

KUALA LUMPUR 10 Dis. – Dewan Rakyat meluluskan usul pemotongan dana bagi Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) sebanyak RM45 juta bagi butiran di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia. JASA yang kini dikenali sebagai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), sebelum ini diperuntukkan  RM85.5 juta, kini tinggal RM40.5 juta. Keputusan itu diumumkan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun selepas kertas pindaan yang dibawa Timbalan Menteri Kewangan 1 Abdul Rahim Bakri (Bersatu-Kudat), selesai dibahaskan. Sementara itu, cubaan lima Ahli Parlimen iaitu Wifred Madius Tangau (UPKO-Tuaran), Maria Chin Abdullah (PH-Petaling Jaya), Ahmad Fahmi Mohamed…

Read More

217 ingkar arahan PKP

KUALA LUMPUR 10 Dis. –  Seramai 217 individu ditahan atas pelbagai kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang Rabu, kata Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob. Katanya, daripada jumlah itu, seramai 210 individu dikompaun manakala tujuh individu pula direman. Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk 99 individu melakukan kesalahan tidak memakai pelitup muka, 60 individu gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan. Seramai 31 individu gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal, 17 individu ditahan kerana melakukan aktiviti pusat hiburan dan 10 individu atas kesalahan lain-lain. Sementara itu, Operasi Benteng yang melibatkan…

Read More

JAIS ‘bebaskan’ tiga daerah

SHAH ALAM 10 Dis. – Hanya masjid dan surau di daerah Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor sahaja dibenarkan mengadakan solat Jumaat dan aktiviti pengimarahan yang berkaitan. Menurut Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), kebenaran itu yang melibatkan 130 masjid, 21 surau kebenaran Jumaat dan 453 surau adalah mengikut kapasiti sebenar ruang solat dengan penjarakan 1.5 meter. Bagaimanapun kebenaran itu tidak termasuk sebuah masjid, dua surau Jumaat dan dua surau di Mukim Kuala Selangor berikutan penularan kes di kawasan berkenaan. Bagi program pengimarahan seperti kuliah maghrib, subuh, dhuha dan bacaan…

Read More

5 angkat sumpah Exco

KUALA KANGSAR 10 Dis. – Lima Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Perak mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah di sini petang ini. Mereka adalah empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari UMNO dan seorang dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang telah diperkenan oleh Sultan Nazrin. Mewakili UMNO adalah ADUN Lintang, Mohd Zolkafly Harun; Shahrul Zaman Yahya (Rungkup), Dr Wan Norashikin Wan Noordin (Kampong Gajah) dan Khairul Shahril Mohamed (Bota). Keempat-empat mereka merupakan Exco yang sama sewaktu pentadbiran Ahmad Faizal Azumu.…

Read More