5 angkat sumpah Exco

KUALA KANGSAR 10 Dis. – Lima Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Perak mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah di sini petang ini.

Mereka adalah empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari UMNO dan seorang dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang telah diperkenan oleh Sultan Nazrin.

Mewakili UMNO adalah ADUN Lintang, Mohd Zolkafly Harun; Shahrul Zaman Yahya (Rungkup), Dr Wan Norashikin Wan Noordin (Kampong Gajah) dan Khairul Shahril Mohamed (Bota).

Keempat-empat mereka merupakan Exco yang sama sewaktu pentadbiran Ahmad Faizal Azumu.

Sementara itu, mewakili Bersatu pula adalah ADUN Sungai Manik, Zainol Fadzi Paharudin, yang kali terakhir menjadi Exco semasa pentadbiran Dr Zambry Abd Kadir.

Kesemua mereka menandatangani surat pelantikan dengan disaksikan Hakim Utama Mahkamah Tinggi Ipoh, Hisham Hashim.

Sultan Nazrin berkenan melantik kesemua mereka sebagai Exco dengan berpandukan Perkara XVI Fasal 2 (a) Undang undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan.

Related posts

Leave a Comment