Selangor mendahului kes

PUTRAJAYA 10 Dis. – Selangor mendahukui senarai dengan merekodkan 1,428 kes di mana 1,200 kes dari kluster sedia ada, 39 kluster baharu (Tapak Bina Jalan Bukit), 92 saringan kontak rapat dan 97 lain-lain saringan

Daripada 2,234 lagi kes positif Covid-19 yang disahkan pada Khamis, Selangor menjadi negeri tertinggi dengan rekod kes harian iaitu 63.9 peratus daripada kes yang direkodkan hari ini.

Kebanyakan kes positif di negeri Selangor pada hari ini melibatkan kluster-kluster berkaitan tempat kerja terutamanya Kluster Seruling yang merekodkan 842 kes (59.0peratus) dan Kluster Hentian 315 kes (22.1 peratus).

Kes di negeri Selangor dijangkakan akan kekal tinggi susulan perluasan Program Saringan Pekerja Warga Asing oleh Perkeso dan tindakan proaktif majikan-majikan di Lembah Klang.

Sehingga kini, pengesanan kontak rapat dan pengesanan kes secara aktif masih giat dijalankan di lapangan dan kes-kes yang terlibat telah diasingkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah MAEPS 2.0 dan Hospital Sungai Buloh.

Sementara itu, negeri lain yang melaporkan kes harian baharu yang tertinggi adalah negeri Sabah iaitu sebanyak 274 kes (12.3 peratus) di mana 100 kes dari kluster sedia ada, 113 saringan kontak rapat dan 61 lain-lain saringan.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula merekodkan sebanyak 136 kes (6.1 peratus) melibatkan 79 kes kluster sedia ada, 25 kes dari kluster baharu (Tapak Bina Condong dan Tapak Bina Jalan Stadium), 11 saringan kontak rapat

Sebanyak 160 kes (7.2 peratus) COVID-19 yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok (104 kes), Kluster Bakti (45 kes), Kluster Rumah Merah (8 kes) dan Kluster PTS Sibuga (3 kes).

Related posts

Leave a Comment