141 kes harian Arab Saudi

RIYADH 10 Dis. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi terus menunjukkan penurunan apabila merekodkan 141 kes, angka terendah setakat ini berbanding 159 kes yang dicatatkan semalam.

Sebelum ini dalam tempoh seminggu, Arab Saudi merekodkan 234 kes pada 4 Disember, diikuti hari berikutnya 190 ; 187; 209; 193 dan 159 kes semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 10 lagi kematian dilaporkan akibat Covid-19 yang menjadikan jumlah pesakit meninggal dunia 6,012.

Sebanyak 248 kes dilaporkan pulih dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 349,872 kes.

Kes aktif pula sebanyak 3,531 di mana 537 kes kritikal.

Sementara itu, kesemua wilayah menunjukkan jumlah kes kurang daripada 50 termasuk Riyadh 47, Makkah 38 dan Madinah 17.

Related posts

Leave a Comment