82.1 % sembuh di Indonesia

JAKARTA 10 Dis. – Ketika kes Covid-19 menunjukkan peningkatan di Indonesia, iaitu 598.933 kes, jumlah pesakit sembuh juga meningkat dengan merekodkan 491.975 orang atau 82.1 peratus daripada keseluruhan kes.

Jumlah kumulatif kes sembuh itu termasuk 4,530 orang pesakit yang dilaporkan pulih hari ini sementara kes baharu adalah sebanyak 6.033 kes dan kes aktif 88.622 kes atau 14.8  peratus daripada keseluruhan kes.

Kes sembuh tertinggi adalah di Jakarta dengan 1,042 kes diikuti Jawa Barat 783 kes Jawa Timur 673, Jawa Tengah 635 dan Kalimantan Timur 202.

Bagi kes positif pula, daripada 6,033 kes, Jakarta merekodkan 1,180 kes menjadikan jumlah kumulatif 149,018 kes, angka tertinggi setakat ini.

Jawa Tengah merekodkan 998 kes diikuti Jawa Barat 960, Jawa Timur 796 dan Sulawesi Selatan 219.

Kes kematian pula terus menunjukkan peningkatan dengan pertambahan 165 kes dengan jumlah kumulatif 18,336.

Jawa Timur mencatatkan 35 kematian diikuti Jawa Barat 32, Jawa Tengah 31,  Jakarta 18 dan Kalimantan Timur tujuh kes.

Related posts

Leave a Comment