5 lagi kluster baharu dikesan

SETAKAT ini, sebanyak 401 kluster telah dilaporkan termasuk lima kluster baharu pada Khamis, 10 Disember 2020.

Jumlah kluster yang tamat pula adalah sebanyak 214 kluster termasuk tiga kluster yang tamat pada 10 Disember iaitu Kluster Merbok di Selangor, Kluster Lintas di Sabah, dan Kluster Telipok juga di Sabah.

Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 187 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 57 kluster melaporkan pertambahan kes pada Khamis.

Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Seruling (843 kes), Kluster Hentian (315 kes) dan Kluster Tembok (104 kes).

Berikut adalah lima kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

1. KLUSTER TAPAK BINA JALAN BUKIT

– Melibatkan daerah Hulu Langat di negeri Selangor. Kes indeks merupakan pekerja di sebuah tapak binaan. Sehingga 10 Dis, sejumlah 109 individu disaring, di mana 47 kes positif.

2. KLUSTER TAPAK BINA CONDONG

– Melibatkan daerah Lembah Pantai, Titiwangsa dan Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sehingga 10 Dis, sejumlah 291 individu disaring, di mana 24 kes dikesan positif.

3. KLUSTER TAPAK BINA JALAN STADIUM

– Melibatkan daerah Titiwangsa dan Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sehingga 10 Dis, sejumlah 97 individu disaring, di mana 15 kes dikesan positif.

4. KLUSTER JALAN DALAM

– Melibatkan daerah Kulai, Batu Pahat dan Johor Bahru di negeri Johor. Sehingga 10 Dis, sejumlah 108 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif.

5. KLUSTER TENUN MERAH

– Melibatkan daerah Batu Pahat di negeri Johor. Sehingga 10 Dis, sejumlah 287 individu telah disaring, di mana 23 kes telah dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment