Indonesia catat 3,535 kes

JAKARTA 16 Nov. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di INDONESIA  meningkat kepada 470,648 kes berikutan 3,535 lagi pesakit baharu disahkan positif hari ini dengan 59.909 kes aktif. Provinsi Jakarta mencatatkan kes tertinggi iaitu 1,006 dengan kumulatifnya 119,633 kes diikuti Jawa Tengah 705 (44.148), .Jawa Barat 558 (45.049), Jawa Timur 264 (56.551),  Kalimantan Timur 159 (17.172). Bagi kes pesakit meninggal dunia pula, sebanyak 85 kematian direkodkan dengan kumulatifnya 15,296 kes. Jawa Barat merekodkan 23 kes diikuti Jawa Timur 14, Jawa Tengah 10 dan Provinsi Jakarta tujuh. Sebanyak 3,452 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah…

Read More

Kes harian terendah di Saudi

RIYADH 16 Nov. – Arab Saudi mencatatkan 301 kes baharu Covid-19, angka harian terendah sejak kes jangkitan dilaporkan negara itu. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kumulatif kini meningkat kepada 353,556 kes dengan kes aktif 7,212 di mana 823 kritikal. Sebanyak 19 pesakit meninggal dunia dan ini menjadikan jumlah keseluruhan 5,676 kematian. Kementerian juga mengumumkan 364 kes pulih yang membawa kepada 340,668 pesakit sembuh atau 96.35 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Sementara itu Riyadh merekodkan 42 kes diikuti Hail 31, Yanbu dan Makkah 23, Madinah 15, dan Jeddah 12.

Read More

288 kes baharu di Sabah

KOTA KINABALU 16 Nov. – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, melaporkan 288 kes positif baharu Covid-19 di negeri ini dengan kumulatif isebanyak 23,383 kes. Sebanyak empat kematian dicatatkan iaitu dua di daerah Kota Kinabalu dan dua di Tawau sementara 372 pesakit Covid-19 telah sembuh. Manakala, seramai 2,346 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 685 orang di hospital dan 1,661 orang di PKRC. Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 63 orang dan 18 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Sementara itu daerah Kota Marudu bertukar dari zon jingga ke zon kuning. Terdapat…

Read More

36 kluster aktif, 1 baharu

PUTRAJAYA 16 Nov. – Kementerian Kesihatan mengesan satu lagi kluster baharu yang dikenali sebagai Kluster Matambai, melibatkan daerah Kota Kinabalu, Sabah. Ketua Penagarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes indeks bagi kluster ini didapati positif Covid-19 pada 22 Oktober lalu hasil saringan individu bergejala. Kes ini telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth bermula 7 hingga 16 November untuk rawatan. Saringan kontak rapat menerusi kluster tersebut telah mengesan sebanyak 23 lagi kes positif Covid-19. Sementara itu 36 kluster aktif yang melaporkan kes baharu termasuk Kluster Matambai (baharu). Kuster Tapak Bina…

Read More

Pahang, Perlis tiada kes

KES penularan tempatan menyaksikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 392 kes, diikuti Sabah (288), Selangor (150), Perak (116), Negeri Sembilan (90) dan Pulau Pinang (26). Kedah pula mencatatkan 10 kes, Wilayah Persekutuan Labuan dan Johor masing-masing lapan kes, Kelantan (tujuh), Terengganu (empat) serta Sarawak, Melaka dan Wilayah Persekutuan Putrajaya masing-masing merekodkan satu kes. Perlis dan Pahang tidak melaporkan sebarang kes.

Read More

MP Gerik meninggal dunia

IPOH 16 Nov. – Ahli Parlimen Gerik, Hasbullah Osman, 63 meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Raub, Pahang kira-kira pukul 6.40;petang ini. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gerik, Aznel Ibrahim mengesahkan perkara tersebut selepas dimaklumkan isteri Allahyarham. Allahyarham mengalami serangan jantung pada pukul  6.30 petang ketika dalam perjalanan ke Kuala Lipis selepas menghadiri sidang Dewan Rakyat pagi ini. Menurut laporan awal, Allahyarham dikejarkan ke sebuah klinik sebelum dibawa ke Hospital Raub untuk rawatan. Hasbullah yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Perak memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Gerik dan menjadi ahli Parlimen…

Read More

KL 392, Selangor 151 kes

PUTRAJAYA 16 Nov. – Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan 392 kes baharu di mana Segambut mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 379 kes. Daripada jumlah kes baharu tersebut, sebanyak 385 kes dikesan dari Kluster Tapak Bina Damanlela. Cheras merekodkan lima kes, Setiawangsa,  Bandar Tun Razak dan Seputeh masing-masing dua kes manakala Lembah Pantai dan Bukit Bintang masing-masing satu kes. Daripada jumlah kes baharu tersebut, sebanyak 385 kes dikesan dari Kluster Tapak Bina Damanlela. Sementara itu jumlah kes aktif di Kepong adalah 976, tertinggi dalam kalangan daerah di Kuala Lumpur. Putrajaya pula…

Read More

1,103 kes baharu, 4 kematian

PUTRAJAYA 16 Nov. – Kes baharu Covid-19 yang direkodkan hari ini kekal empat angka iaitu 1,103 kes, menjadikan jumlah kes positif dalam negara sebanyak 48,520, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata dengan perkembangan itu, bilangan kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 ialah 12,601 kes, manakala jumlah kes pulih hari ini adalah 821 menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 35,606 kes.  Menurut Dr Noor Hisham, satu kes daripada 1,103 kes baharu yang direkodkan hari ini merupakan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Katanya, terdapat empat kes kematian Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian di Malaysia…

Read More

PKPD : 4 tamat satu bermula

KUALA LUMPUR 16 Nov. – Empat lokaliti yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ditamatkan hari ini sementara satu kawasan baharu dikenakan perintah itu mulai esok. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, empat lokaliti itu ialah Pusat Tahanan Sementara (PTS) Kota Kinabalu, Penjara Kepayan, Kuarters Penjara Taman Mat Salleh Kampung Matambai di Sabah dan Institut Latihan KKM di Johor. Penamatan itu dibuat selepas kes Covid-19 di kawasan itu terkawal tetapi kesemua penduduk di lokaliti ini masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan…

Read More

Rumah sama cuma tukar bilik

APA pula istilah yang hendak digunakan apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar meninggalkan Parti Amanah Negara (Amanah) dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) ? Lompat katak atau pengkhianat? Mungkin andaian tidak terpakai kerana ia melibatkan parti pembangkang sesama pembangkang. Berada di rumah yang sama tetapi,bilik lain. Setiausaha Amanah Negeri Selangor, Kamarul Hisham Yeop Hashim dalam satu kenyataan melalui Facebook Amanah Selangor mengesahkan ‘penghijrahan’ itu yang memaklumkan semua jawatan parti yang disandang wakil rakyat itu terbatal serta-merta. “Amanah Selangor mengucapkan terima kasih di atas sumbangan beliau…

Read More