288 kes baharu di Sabah

KOTA KINABALU 16 Nov. – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, melaporkan 288 kes positif baharu Covid-19 di negeri ini dengan kumulatif isebanyak 23,383 kes.

Sebanyak empat kematian dicatatkan iaitu dua di daerah Kota Kinabalu dan dua di Tawau sementara 372 pesakit Covid-19 telah sembuh.

Manakala, seramai 2,346 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 685 orang di hospital dan 1,661 orang di PKRC. Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 63 orang dan 18 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Sementara itu daerah Kota Marudu bertukar dari zon jingga ke zon kuning.

Terdapat satu kluster baharu di daerah Kota Kinabalu iaitu: Kluster Matambai mencatatkan sebanyak 21 kes.

Daripada 288 kes positif Covid-19 hari ini, sebanyak 114 kes (39.58%) adalah dari daerah Tawau, Kota Kinabalu, Tuaran dan Penampang yang berpunca dari saringan kontak rapat. Selebihnya iaitu 174 kes adalah dari lain-lain kategori.

Related posts

Leave a Comment