PUTRAJAYA 16 Nov. – Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan 392 kes baharu di mana Segambut mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 379 kes.
Daripada jumlah kes baharu tersebut, sebanyak 385 kes dikesan dari Kluster Tapak Bina Damanlela.
Cheras merekodkan lima kes, Setiawangsa, Bandar Tun Razak dan Seputeh masing-masing dua kes manakala Lembah Pantai dan Bukit Bintang masing-masing satu kes.
Daripada jumlah kes baharu tersebut, sebanyak 385 kes dikesan dari Kluster Tapak Bina Damanlela.
Sementara itu jumlah kes aktif di Kepong adalah 976, tertinggi dalam kalangan daerah di Kuala Lumpur.
Putrajaya pula merekodkan satu. Jumlah kes aktif bagi kedua-dua wilayah ini adalah 1,299.
Selangor pula merekodkan 151 kes baharu termasuk satu kes import manakala 2,676 kes aktif.
Klang mencatatkan 33 kes dengan kes aktif 899 dan Hulu Langat 71 kes dengan 802 kes aktif.
Sepang pula merekodkan 13 kes, Petaling 11, Kuala Langat lapan, Gombak empat, Hulu Selangor satu, Kuala Selangor dan Sabak Bernam tiada kes dilaporkan.