36 kluster aktif, 1 baharu

PUTRAJAYA 16 Nov. – Kementerian Kesihatan mengesan satu lagi kluster baharu yang dikenali sebagai Kluster Matambai, melibatkan daerah Kota Kinabalu, Sabah.

Ketua Penagarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes indeks bagi kluster ini didapati positif Covid-19 pada 22 Oktober lalu hasil saringan individu bergejala.

Kes ini telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth bermula 7 hingga 16 November untuk rawatan.

Saringan kontak rapat menerusi kluster tersebut telah mengesan sebanyak 23 lagi kes positif Covid-19.

Sementara itu 36 kluster aktif yang melaporkan kes baharu termasuk Kluster Matambai (baharu).

Kuster Tapak Bina Damanlela dan Tembok mencatatkan kes melebihi 100.

KKM turut memaklumkan mengenai perkembangan Kluster Jeram yang melibatkan daerah di Kubang Pasu, Kedah yang diisytiharkan tamat pada hari ini .

Sehingga 16 November, seramai 351 individu telah disaring di mana lima kes dikesan positif Covid-19 manakala 346 individu lagi adalah negatif.

Tiada sebarang kes kematian baharu dilaporkan bagi kluster ini.

Related posts

Leave a Comment