Rumah sama cuma tukar bilik

APA pula istilah yang hendak digunakan apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar meninggalkan Parti Amanah Negara (Amanah) dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) ?

Lompat katak atau pengkhianat? Mungkin andaian tidak terpakai kerana ia melibatkan parti pembangkang sesama pembangkang. Berada di rumah yang sama tetapi,bilik lain.

Setiausaha Amanah Negeri Selangor, Kamarul Hisham Yeop Hashim dalam satu kenyataan melalui Facebook Amanah Selangor mengesahkan ‘penghijrahan’ itu yang memaklumkan semua jawatan parti yang disandang wakil rakyat itu terbatal serta-merta.

“Amanah Selangor mengucapkan terima kasih di atas sumbangan beliau selama ini,” kata Kamarul Hisham.

Sementara itu, salah seorang pemimpin Amanah, Khalid Samad mengakui tidak boleh menghalang mana-mana pihak meninggalkan parti itu.

Pengarah Komunikasi Amanah itu berkata, tindakan Fakhrulrazi itu adalah “lompat parti” dan beliau sendiri tidak menggalakkannya.

“Kita tidak boleh halang sesiapa untuk tinggalkan parti. Sebagai wakil rakyat, dia sepatutnya menganggap sudah diberi kepercayaan oleh parti untuk membawa mesej kita.

“Ini sudah tentunya membuktikan kami membuat kesilapan dalam memilih dia sebagai wakil kita,” katanya seperti dilapor FMT.

Related posts

Leave a Comment