Indonesia catat 3,535 kes

JAKARTA 16 Nov. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di INDONESIA  meningkat kepada 470,648 kes berikutan 3,535 lagi pesakit baharu disahkan positif hari ini dengan 59.909 kes aktif.

Provinsi Jakarta mencatatkan kes tertinggi iaitu 1,006 dengan kumulatifnya 119,633 kes diikuti Jawa Tengah 705 (44.148), .Jawa Barat 558 (45.049), Jawa Timur 264 (56.551),  Kalimantan Timur 159 (17.172).

Bagi kes pesakit meninggal dunia pula, sebanyak 85 kematian direkodkan dengan kumulatifnya 15,296 kes. Jawa Barat merekodkan 23 kes diikuti Jawa Timur 14, Jawa Tengah 10 dan Provinsi Jakarta tujuh.

Sebanyak 3,452 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih sebanyak 395,443 orang.

Kes sembuh tertinggi direkodkan di Jakarta sebanyak 1,038 diikuti Jawa Barat 724, Jawa Tengah 333, Jawa Timur 247 dan Kalimantan Timur 216.

Di FILIPINA, Jabatan Kesihatan melaporkan 1,738 kes baharu yang membawa kepada jumlah keseluruhan 409,574 kes dengan kes aktif 27,369.

Sebanyak tujuh pesakit meninggal dunia yang membawa jumlah keseluruhan  7,839 kematian..

Sementara itu, 45 lagi pesakit dilaporkan sembuh dan ini menjadikan jumlah kes pulih meningkat kepada 374,366 atau 91.4 peratus daripada keseluruhan kes.

SINGAPURA merekodkan lima kes import jangkitan Covid-19 yang turut melibatkan dua warganegaranya yang kembali dari United Kingdom dan India.

Menurut Kementerian Kesihatan, seorang daripadanya lelaki warga emas berusia 74 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan dari India. Seorang lagi remaja perempuan, 19 yang mempunyai sejarah perjalanan dari United Kingdom.  

Dua kes lagi adalah pemegang pas lawatan jangka panjang yang mempunyai sejarah perjalanan dari Russia dan Indonesia.

Satu lagi kes adalah pemegang permit kerja yang kini bertugas di Singapura dan sampai ke sini dari Indonesia. Mereka sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sejurus tiba di Singapura.

Related posts

Leave a Comment