Trump sambut baik vaksin

DONALD Trump muncul di Facebooknya bagi mengalu-ngalukan berita mengenai vaksin yang dihasilkan bersama Pfizer dan BioNTech yang didapati 90 peratus berkesan dalam mencegah jangkitan Covid-19 semasa ujian Fasa 3. Trump yang enggan mengaku kalah kepada Joe Biden dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat menyifatkan pengumuman syarikat berkenaan sebagai berita yang sangat baik. Sementara itu Biden menyifatkan pengumuman itu satu berita hebat tetapi meminta rakyat Amerika Syarikat sabar dan terus berhati-hati kerana pemvaksinan yang meluas masih mengambil masa berbulan lagi.  Kenyataan dua syarikat itu dikeluarkan ketika kes Covid-19 semakin banyak dilaporkan di…

Read More

Arab Saudi catat 392 kes

RIYADH 9 Nov. – Arab Saudi merekodkan 392 kes baharu Covid-19 pada Isnin yang membawa kepada jumlah keseluruhan 350,984 kes dengan kes aktif 7,637 di mana 787 kritikal. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kematian pula meningkat kepada 5,559 kes selepas 19 lagi pesakit meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19. Sebanyak 402 kes yang dijangkiti dilaporkan sembuh hari ini menjadikan jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 337,788  atau 96.24 peratus daripada keseluruhan kes. Sementara itu Madinah merekodkan kes jangkitan tertinggi iaitu 59 kes diikuti Riyadh 54, Makkah 32, Yanbu 28 dan Jeddah 22.

Read More

Indonesia cecah 440,569 kes

JAKARTA 9 Nov. – Indonesia terus mencatatkan peningkatan kes jangkitan Covid-19 apabila merekodkan 2,853 kes baharu hari ini menjadikan kumulatif 440,569 kes. Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 75 lagi kematian dilaporkan menjadikan 14,689 orang. Provinsi Jakarta masih mencatatkan kes keseluruhan tertinggi iaitu 112,743 kes dengan tambahan 726 kes manakala provinsi Jawa Timur merekodkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 3,913 orang. Sebanyak 372,266 pesakit yang disahkan positif virus itu, telah sembuh manakala 57,925 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus…

Read More

Kes harian turun di Sabah

KOTA KINABALU 9 Nov. – Sabah merekodkan 370. kes baharu Covid-19, satu jumlah yang menunjukkan penurunan berbanding 524 kes semalam. Daripada 370 kes hari ini, sebanyak 131 kes (35.41%) adalah dari Daerah Tawau, Kota Kinabalu, Tuaran dan Sandakan yang berpunca dari saringan kontak rapat. Selebihnya iaitu 239 kes adalah dari lain-lain kategori. Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kumulatif kini sebanyak 20,792 kes sementara tujuh kes kematian dicatatkan iaitu tiga di Daerah Sandakan, dua di Kota Kinabalu dan masing-masing satu di Tuaran dan Tawau. Sebanyak 967 pesakit Covid-19 sembuh manakala…

Read More

Enam lagi kluster baharu

PUTRAJAYA 9 Nov. – Enam lagi klister baharu Covid-19 dikesan di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Johor dan Putrajaya. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Kluster Nahaba dikesan di Kota Belud, Sabah yang mencatatkan 25 kes positif setakat ini. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-35,808) dikenal pasti hasil saringan individu bergejala pada 4 November lepas. Kesemua mereka yang positif dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah Seri Bayu Pirasan di Kota Belud. Bagi Kluster Numbak di Kota Kinabalu, Sabah, kes membabitkan kes indeks (ke-22,036) yang…

Read More

Tiada kes baharu di 3 negeri

PUTRAJAYA 9 Nov. – Perlis, Pahang dan Terengganu tidak melaporkan sebarang kes baharu hari ini sementara Sabah mendahului kes baharu tertinggi dengan merekodkan 370 kes. Negeri Sembilan mencatatkan 260 kes, Selangor (137), Wilayah Persekutuan Labuan (63), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (20), Perak (51) dan Pulau Pinang (34). Kedah dan Johor masing-masing mencatat lapan kes, Melaka dan Wilayah Persekutuan Putrajaya  masing-masing merekodkan lima kes, Sarawak (empat) dan Kelantan dengan dua kes.

Read More

Selangor 138, KL 22

KUALA LUMPUR 9 Nov. – Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan 22 kes yang meliputi 13 kes daripada kluster sedia ada, satu daripada kluster Seri Terapi. Empat kes lagi daripada saringan kontak rapat dan dua kes lagi daripada lain-lain saringan Covid-19 manakala dua lagi adalah kes import BWN tiba dari Filipina. Kepong merekodkan lapan kes, Titiwangsa enam, Cheras dan Lembah Pantai masing-masing tiga kes. Putrajaya pula melaporkan lima kes iaitu daripada kluster Harmoni (baharu). Sementara itu Selangor merekodkan 138 kes iaitu 56 daripada kluster sedia ada, satu daripada kluster Perigi (baharu),…

Read More

972 kes baharu, 8 kematian

PUTRAJAYA 9 Nov. – Kes jangkitan baharu Covid-19 yang direkodkan hari ini adalah 972 kes di mana 967 merupakan kes penularan dalam negara dan lima lagi kes import, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Lima kes import melibatkan dua warganegara dan tiga bukan warganegara yang tiba dari Filipina, (dua kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); Singapura (dua kes di Johor) dan Nepal (satu kes di Selangor). Sejumlah 1,345 pesakit hari ini sembuh wabak Covid-19 iaitu lebih tinggi daripada 972 kes baharu dalam tempoh 24 jam . Ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 29,579 kes, manakala…

Read More

PKPD baharu, lanjut, tamat

KUALA LUMPUR 9 Nov. – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Kampung Sabah Baru, Lahad Datu, Sabah mulai esok, 10 November sehingga 23 November 2020. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD di Pangsapuri Mutiara Kasih dan Taman Khazanah Indah di Lahad Datu, Sabah dilanjutkan 14 hari lagi bermula 10 hingga 23 November. Begitu juga PKPD di Plaza Hentian Kajang, Selangor; Putra Point, Nilai dan Kampung Haji Baki, Kuching, Sarawak dilanjutkan dari 11 hingga 24 November. Sementara itu, PKPD di Felda Umas, Kalabakan, Sabah ditamatkan hari ini…

Read More