Enam lagi kluster baharu

PUTRAJAYA 9 Nov. – Enam lagi klister baharu Covid-19 dikesan di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Johor dan Putrajaya.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Kluster Nahaba dikesan di Kota Belud, Sabah yang mencatatkan 25 kes positif setakat ini.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-35,808) dikenal pasti hasil saringan individu bergejala pada 4 November lepas.

Kesemua mereka yang positif dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah Seri Bayu Pirasan di Kota Belud.

Bagi Kluster Numbak di Kota Kinabalu, Sabah, kes membabitkan kes indeks (ke-22,036) yang dikesan positif Covid-19 hasil saringan kemasukan ke wad di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Oktober lepas.

Hasil saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak tujuh lagi kes positif.

Di Selangor, Kluster Perigi dikesan di Klang yang mencatatkan 39 kes positif setakat ini. Kes dikenal pasti hasil saringan di tempat kerja pada 15 Oktober lepas.

Kluster Seri Terapi diKesan di Kepong, Kuala Lumpur dan Daerah Alor Gajah di Melaka.

Kes indeks (ke-36,180) dikenal pasti positif hasil saringan individu bergejala pada 3 November  dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Saringan kontak rapat seterusnya mengesan 11 lagi kes positif dan sehingga hari ini, sejumlah 126 individu disaring dengan 12 kes dikesan positif, lapan individu negatif dan 106 masih menunggu keputusan.

Kluster Padang dikesan di Johor melibatkan Daerah Kota Tinggi yang dikenal pasti hasil saringan individu bergejala pada 5 November lepas dan dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom di Kluang.

Sehingga hari ini, 338 individu telah disaring dengan empat kes dikesan positif Covid-19, 173 individu lagi negatif dan 160 individu masih menunggu keputusan.

Kluster Harmoni dikesan di Putrajaya hasil saringan tempat kerja pada 7 November lepas.

individu terlibat dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan saringan kontak rapat mengesan lima lagi kes positif manakala 28 individu negatif dan 17 masih menunggu keputusan.

Sementara itu, sebanyak 48 kluster aktif dilaporkan hari ini termasuk enam kluster baharu.

Kluster Cergas yang dilaporkan di Negeri Sembilan mencatatkan kes tertinggi (130).

 

Related posts

Leave a Comment