PUTRAJAYA 9 Nov. – Perlis, Pahang dan Terengganu tidak melaporkan sebarang kes baharu hari ini sementara Sabah mendahului kes baharu tertinggi dengan merekodkan 370 kes.
Negeri Sembilan mencatatkan 260 kes, Selangor (137), Wilayah Persekutuan Labuan (63), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (20), Perak (51) dan Pulau Pinang (34).
Kedah dan Johor masing-masing mencatat lapan kes, Melaka dan Wilayah Persekutuan Putrajaya masing-masing merekodkan lima kes, Sarawak (empat) dan Kelantan dengan dua kes.