Selangor 138, KL 22

KUALA LUMPUR 9 Nov. – Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan 22 kes yang meliputi 13 kes daripada kluster sedia ada, satu daripada kluster Seri Terapi.

Empat kes lagi daripada saringan kontak rapat dan dua kes lagi daripada lain-lain saringan Covid-19 manakala dua lagi adalah kes import BWN tiba dari Filipina.

Kepong merekodkan lapan kes, Titiwangsa enam, Cheras dan Lembah Pantai masing-masing tiga kes.

Putrajaya pula melaporkan lima kes iaitu daripada kluster Harmoni (baharu).

Sementara itu Selangor merekodkan 138 kes iaitu 56 daripada kluster sedia ada, satu daripada kluster Perigi (baharu), 36 daripada saringan kontak rapat, dua kes SARI dan 42 yang lain adalah lain-lain saringan Covid-19.

Baki satu kes lagi adalah kes import.

Daerah Petaling merekodkan kes tertinggi iaitu 51 diikuti Huku Langat 42, Klang 28, Sepang 6, Kuala Langat dan Gombak masing-masing tiga, Hulu Selangor dua dan Kuala Selangor satu.

Tiada kes dilaporkan di Sabak Bernam.

Related posts

Leave a Comment