972 kes baharu, 8 kematian

PUTRAJAYA 9 Nov. – Kes jangkitan baharu Covid-19 yang direkodkan hari ini adalah 972 kes di mana 967 merupakan kes penularan dalam negara dan lima lagi kes import, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Lima kes import melibatkan dua warganegara dan tiga bukan warganegara yang tiba dari Filipina, (dua kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); Singapura (dua kes di Johor) dan Nepal (satu kes di Selangor).

Sejumlah 1,345 pesakit hari ini sembuh wabak Covid-19 iaitu lebih tinggi daripada 972 kes baharu dalam tempoh 24 jam .

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 29,579 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan kini mencatat 11,308 kes.

Dr Noor Hisham berkata terdapat lapan lagi kematian baharu akibat wabak itu, menjadikan jumlah keseluruhan maut, 294 kes.

Kes kematian ke-287, 288, 289, 290 dan kes kematian ke-291 semua melibatkan lelaki warga tempatan, manakala kes kematian ke-292 melibatkan perempuan warga tempatan, kes kematian ke-293 dan 294 merupakan perempuan bukan warga tempatan.

Kematian ke-287 adalah individu 72 tahun dengan latar belakang penyakit jantung, kematian ke-288 adalah individu berusia 51 tahun dengan penyakit strok, kes kematian ke-289 individu berusia 53 tahun, kematian ke-290 merupakan pesakit dengan latar belakang penyakit jantung berlubang, Sindrom Down dan Hipotiroidisme.

Kematian ke-291 pula individu berusia 66 tahun dengan penyakit darah tinggi, manakala kematian ke-292 merupakan individu 71 tahun dengan latar belakang penyakit darah tinggi dan katarak, kes kematian ke-293 berusia 55 tahun dan kematian ke-294 pula individu berusia 64 tahun dengan penyakit darah tinggi.

Sehingga kini, terdapat 86 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 31 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment