Kes harian turun di Sabah

KOTA KINABALU 9 Nov. – Sabah merekodkan 370. kes baharu Covid-19, satu jumlah yang menunjukkan penurunan berbanding 524 kes semalam.

Daripada 370 kes hari ini, sebanyak 131 kes (35.41%) adalah dari Daerah Tawau, Kota Kinabalu, Tuaran dan Sandakan yang berpunca dari saringan kontak rapat. Selebihnya iaitu 239 kes adalah dari lain-lain kategori.

Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kumulatif kini sebanyak 20,792 kes sementara tujuh kes kematian dicatatkan iaitu tiga di Daerah Sandakan, dua di Kota Kinabalu dan masing-masing satu di Tuaran dan Tawau.

Sebanyak 967 pesakit Covid-19 sembuh manakala 2,992 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 753 orang di hospital dan 2,239 orang di PKRC. Bilangan kes di  ICU ialah 68 orang dan 20 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu Kunak bertukar dari zon merah ke zon jingga hari ini.

Related posts

Leave a Comment