Trump sambut baik vaksin

DONALD Trump muncul di Facebooknya bagi mengalu-ngalukan berita mengenai vaksin yang dihasilkan bersama Pfizer dan BioNTech yang didapati 90 peratus berkesan dalam mencegah jangkitan Covid-19 semasa ujian Fasa 3.

Trump yang enggan mengaku kalah kepada Joe Biden dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat menyifatkan pengumuman syarikat berkenaan sebagai berita yang sangat baik.

Sementara itu Biden menyifatkan pengumuman itu satu berita hebat tetapi meminta rakyat Amerika Syarikat sabar dan terus berhati-hati kerana pemvaksinan yang meluas masih mengambil masa berbulan lagi. 

Kenyataan dua syarikat itu dikeluarkan ketika kes Covid-19 semakin banyak dilaporkan di merata dunia sehingga memaksa jutaan penduduk perlu menjalani perintah ‘berkurung’ yang menjejaskan ekonomi.

Menurut dapatan awal, perlindungan bagi pesakit diperoleh tujuh hari selepas menerima ubat itu buat kali kedua dan 28 hari selepas dos pertama.

Syarikat-syarikat itu berharap dapat membekalkan sehingga 50 juta dos vaksin itu ke merata dunia pada 2020 dan sehingga 1.3 bilion dos pada 2021.

“Keputusan pertama Fasa 3 ujian vaksin COVID-19 menyediakan bukti awal tentang kemampuan vaksin kami mencegah Covid-19,” kata Pengerusi dan CEO Pfizer Albert Bourla dalam satu kenyataan.

“Kami semakin hampir mencapai huraian yang dapat membantu semua orang di merata dunia untuk menamatkan krisis kesihatan global ini,” katanya.

Related posts

Leave a Comment