Arab Saudi catat 392 kes

RIYADH 9 Nov. – Arab Saudi merekodkan 392 kes baharu Covid-19 pada Isnin yang membawa kepada jumlah keseluruhan 350,984 kes dengan kes aktif 7,637 di mana 787 kritikal.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kematian pula meningkat kepada 5,559 kes selepas 19 lagi pesakit meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.

Sebanyak 402 kes yang dijangkiti dilaporkan sembuh hari ini menjadikan jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 337,788  atau 96.24 peratus daripada keseluruhan kes.

Sementara itu Madinah merekodkan kes jangkitan tertinggi iaitu 59 kes diikuti Riyadh 54, Makkah 32, Yanbu 28 dan Jeddah 22.

Related posts

Leave a Comment