Indonesia atasi Filipina

INDONESIA mencatatkan 4,301 kes jangkitan baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 353,461 kes, tertinggi di Asia Tenggara dengan mengatasi Filipina yang setakat Jumaat, 16 Oktober merekodkan 351,750 kes. Menurut data Kementerian Kesihatan Indonesia, kes aktif pula sebanyak 63,570 sementara jumlah kematian meningkat kepada 12,347 kes termasuk kes terkini sebanyak 79 orang pesakit. Jakarta merekodkan kes harian tertinggi dengan 1,045 kes dan kumulatifnya 92,382 diikuti Sumatera Barat 484 kes (10.250 ), Jawa Tengah 443 kes ( 28,307), Jawa Barat 424 kes (29,543), Jawa Timur 291 kes (48,452) Bagi kes kematian, Jakarta merekodkan…

Read More

433 kes baharu di Arab Saudi

ARAB Saudi merekodkan 433 kes baharu koronavirus Covid-19 dalam tempoh 24 jam 12 tengah hari 15 Oktober hingga 12 tengah hari 16 Oktober menjadikan jumlah keseluruhan kes 341,495. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), sebanyak 17 lagi pesakit meninggal dunia dalam tempoh itu yang membawa kepada jumlah kumulatif kematian 5,144. Bagi tempoh yang sama juga, sebanyak 468 pesakit pulih dan ini membawa kepada 327,795 pesakit telah sembuh atau 95 peratus daripada jumlah kes yang dilaporkan setakat ini. Kes aktif pula sebanyak 8,556 di mana 835 kritikal. Sementara itu Madinah merekodkan 51 kes…

Read More

Giliran Labuan ikut SOP PKPB

MULAI 17 Oktober, Wilayah Persekutuan Labuan yang telah merekodkan 92 kes setakat ini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 30 Oktober ini. Serentak dengan itu, penduduk pulau itu diminta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Labuan Nurzaliza Kartika Abdullah berkata, sepanjang tempoh itu, perhimpunan ramai termasuk seminar, bengkel, kursus latihan, persidangan, taklimat dan pameran adalah dilarang. Larangan itu juga termasuk membabitkan aktiviti yang berkaitan dengan Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran (MICE) manakala program latihan dalaman yang sedang berlangsung masih boleh diteruskan tetapi di perkarangan pusat latihan.…

Read More

Tambahan tenaga bantu KKM

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengguna pakai pendekatan ‘whole-of-government’ dan ‘whole-of-society’ bagi membendung penularan Covid-19 yang menunjukkan peningkatan khususnya di Sabah. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata tambahan tenaga kerja diperlukan ketika ini bagi menjalankan aktiviti kesihatan di 19 pusat kuarantin berisiko rendah dan aktiviti kesihatan awam di negeri berkenaan. Katanya,  pendekatan ‘whole-of-government’, yang merujuk kepada tenaga kerja anggota dalaman KKM, dan ‘whole-of-society’ melibatkan sukarelawan adalah sangat penting bagi melandaikan lekuk jangkitan Covid-19. “Kita sedang berada dalam krisis kes baharu yang meningkat setiap hari contohnya di Sabah. Dalam keadaan biasa, kita sudah cukup sumber…

Read More

Tiga kluster baharu

𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗟𝗘𝗞𝗜𝗥 Melibatkan daerah Manjung, Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-17528) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 14 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Saringan kontak rapat mengenal pasti lima lagi kes positif Covid-19. Sehingga 16 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 144 individu disaring, di mana enam kes dikesan positif Covid-19; dua individu negatif; dan 136 individu masih menunggu keputusan. 𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗕𝗨𝗡𝗧𝗔𝗥 Melibatkan Kuala Muda di Kedah, daerah Kerian,  Perak dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes indeks bagi kluster ini…

Read More

Sabah mendahului kes

SABAH merekodkan 489 kes yang melibatkan 260 saringan kontak rapat, 71 dari kluster-kluster sedia ada dan 158 dari lain-lain saringan SELANGOR pula 50 kes hasil 25 saringan kontak rapat, lapan kluster Merbok (baharu), enam dari kluster-kluster sedia ada, enam saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi dan lima dari lain-lain saringan P.PINANG merekodkan 33 kes iaitu 32 dari kluster-kluster sedia ada dan satu saringan tahanan lokap LABUAN merekodkan 19 kes iaitu sembilan Kluster Bah Bundle, enam saringan pulang pulang dari kawasan berisiko tinggi, tiga saringan saringan kontak rapat dan satu saringan…

Read More

627 tempatan, 2 import

PUTRAJAYA: Jumlah kes baharu Covid-19 di negara ini meningkat kepada 629 kes, hari ke 16 berturut-turut mencatatkan tiga angka dengan merekodkan enam kematian dan 245 kes pulih. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata dengan perkembangan baharu itu, menjadikan keseluruhan kes kini 18,758 kes, manakala jumlah kematian akibat wabak itu 176 individu dan 12,259 kes pulih sepenuhnya. Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 6,323 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan. Beliau berkata sebanyak 627 kes penularan di dalam negara membabitkan 577 warganegara dan 50 rakyat asing, manakala dua kes import masing-masing melibatkan warganegara  yang pulang dari New Zealand dan Singapura.…

Read More

PKPB Padang Che Mas, Baling

KERAJAAN bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kampung Padang Che Mas daerah Baling yang akan berkuatkuasa pada 18 Oktober sehingga 31 Oktober ini yang melibatkan 1,150 penduduk dan 151 rumah. Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata, semua penduduk dikehendaki mematuhi SOP yang ditetapkan antaranya tiada pergerakan keluar masuk ke Kampung Padang Che Mas. Hanya dua orang saja wakil yang dibenarkan bagi sebuah rumah untuk keluar mendapatkan bekalan makanan dan barang keperluan sementara sekolah dan pusat pengajian termasuk pondok pengajian ditutup. Di samping itu semua aktiviti keagamaan di…

Read More

481 ingkar arahan ditahan

SEBANYAK 481 individu ditahan atas pelbagai kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di mana 470 dikompaun, 10 direman dan seorang dijamin, kata Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob. Kesalahan itu adalah tidak memakai pelitup muka 208 orang, penjarakan fizikal (145), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (82), membawa penumpang berlebihan dalam satu kenderaan (27). Langgar syarat/perintah PKPB (10), premis beroperasi lebih masa (6), tangkapan Pendatang Asing Tanpa Izin (2) dan aktiviti pusat hiburan tanpa lesen (1) Ismail juga memaklumkan semalam, 15 Oktober, Op Benteng berjaya menahan 37 PATI, tiga…

Read More