Indonesia atasi Filipina

INDONESIA mencatatkan 4,301 kes jangkitan baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 353,461 kes, tertinggi di Asia Tenggara dengan mengatasi Filipina yang setakat Jumaat, 16 Oktober merekodkan 351,750 kes.

Menurut data Kementerian Kesihatan Indonesia, kes aktif pula sebanyak 63,570 sementara jumlah kematian meningkat kepada 12,347 kes termasuk kes terkini sebanyak 79 orang pesakit.

Jakarta merekodkan kes harian tertinggi dengan 1,045 kes dan kumulatifnya 92,382 diikuti Sumatera Barat 484 kes (10.250 ), Jawa Tengah 443 kes ( 28,307), Jawa Barat 424 kes (29,543), Jawa Timur 291 kes (48,452)

Bagi kes kematian, Jakarta merekodkan 24 kes dengan kumulatif 1,994, Jawa Timur 19 kes (3,516), Jawa Tengah sembilan kes (1,569), manakala sifar kematian di Jawa Barat tetapi kumulatifnya 559 kes.

Data kementerian juga menunjukkan kes sembuh meningkat kepada 277,544 kes termasuk kes pulih hari ini 3,883.

Kes sembuh tertinggi direkodkan di Jakarta sebanyak 982 kes dan kumulatifnya 76,863 kes diikuti Jawa Tengah 396 kes (22.660), Jawa Barat 387 kes (19.484) dan Jawa Timur 346 kes (42.131).

Sementara itu Jabatan Kesihatan FILIPINA sehingga pukul 4 petang Jumaat, 16 Oktober merekodkan 3,139 kes baharu menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 351,750;kes. Kes aktif pula sebanyak 50,354.

Filipina juga merekodkan 34 lagi pesakit yang meninggal dunia menjadikan jumlah kumulatif kematian 6,531.

Sebanyak 786 pesakit dilaporkan pulih yang membawa jumlah keseluruhan sembuh meningkat kepada 294,865.

Related posts

Leave a Comment