481 ingkar arahan ditahan

SEBANYAK 481 individu ditahan atas pelbagai kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di mana 470 dikompaun, 10 direman dan seorang dijamin, kata Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob.

Kesalahan itu adalah tidak memakai pelitup muka 208 orang, penjarakan fizikal (145), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (82), membawa

penumpang berlebihan dalam satu kenderaan (27).

Langgar syarat/perintah PKPB (10), premis beroperasi lebih masa (6), tangkapan Pendatang Asing Tanpa Izin (2) dan aktiviti pusat hiburan tanpa lesen (1)

Ismail juga memaklumkan semalam, 15 Oktober, Op Benteng berjaya menahan 37 PATI, tiga tekong dan merampas enam kenderaan darat.

Mengenai kuarantin wajib, setakat ini 49,056 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.

Ketika ini 9,223 individu sedang menjalani kuarantin wajib di 72 hotel dan 15 premis termasuk Institut Latihan Awam serta Institusi Pengajian Tinggi Swasta di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah dan Labuan

Sebanyak 381 individu pula dibawa ke hospital untuk rawatan manakala 39,452 individu telah di discaj dan dibenarkan pulang ke rumah.

Beliau juga memberitahu, sebanyak 273 kertas siasatan telah dibuka oleh PDRM dan SKMM berhubung berita palsu.

Setakat ini 136 masih dalam siasatan, 35 kes telah didakwa di mahkamah, 21 didapati bersalah, 13 dalam proses perbicaraan dan 12 diberikan notis amaran.

Related posts

Leave a Comment