Tiga kluster baharu

π—žπ—Ÿπ—¨π—¦π—§π—˜π—₯ π—Ÿπ—˜π—žπ—œπ—₯

Melibatkan daerah Manjung, Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-17528) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 14 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Saringan kontak rapat mengenal pasti lima lagi kes positif Covid-19. Sehingga 16 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 144 individu disaring, di mana enam kes dikesan positif Covid-19; dua individu negatif; dan 136 individu masih menunggu keputusan.

π—žπ—Ÿπ—¨π—¦π—§π—˜π—₯ 𝗕𝗨𝗑𝗧𝗔π—₯

Melibatkan Kuala Muda di Kedah, daerah Kerian,Β  Perak dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-18035) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 15 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. Saringan kontak rapat mengenal pasti tujuh lagi kes positif Covid-19. Sehingga 16 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 51 individu disaring, di mana lapan kes dikesan positif Covid-19; dan 43 individu masih menunggu keputusan.

π—žπ—Ÿπ—¨π—¦π—§π—˜π—₯ π— π—˜π—₯π—•π—’π—ž

Melibatkan daerah Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Petaling di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-17983) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 9 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat mengenal pasti lapan lagi kes positif Covid-19. Sehingga 16 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 270 individu

disaring, di mana sembilan kes dikesan positif Covid-19; dan 261 individu masih menunggu keputusan.

Sementara itu 21 kluster aktif melaporkan kes baharu hari ini termasuk tiga kluster baharu. Enam peratus daripada jumlah kes hari ini adalah dari kluster terasing iaitu Tembok, Penjara Tahanan Reman dan Penjara Seberang Prai.

Kes-kes ini sememangnya terasing dan berlaku di dalam penjara.

Related posts

Leave a Comment