433 kes baharu di Arab Saudi

ARAB Saudi merekodkan 433 kes baharu koronavirus Covid-19 dalam tempoh 24 jam 12 tengah hari 15 Oktober hingga 12 tengah hari 16 Oktober menjadikan jumlah keseluruhan kes 341,495.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), sebanyak 17 lagi pesakit meninggal dunia dalam tempoh itu yang membawa kepada jumlah kumulatif kematian 5,144.

Bagi tempoh yang sama juga, sebanyak 468 pesakit pulih dan ini membawa kepada

327,795 pesakit telah sembuh atau 95 peratus daripada jumlah kes yang dilaporkan setakat ini.

Kes aktif pula sebanyak 8,556 di mana 835 kritikal.

Sementara itu Madinah merekodkan 51 kes jangkitan diikuti Yanbu 48, Makkah 27 dan Riyadh 25 kes.

Related posts

Leave a Comment