PKPB Padang Che Mas, Baling

KERAJAAN bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kampung Padang Che Mas daerah Baling yang akan berkuatkuasa pada 18 Oktober sehingga 31 Oktober ini yang melibatkan 1,150 penduduk dan 151 rumah.

Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata, semua penduduk dikehendaki mematuhi SOP yang ditetapkan antaranya tiada pergerakan keluar masuk ke Kampung Padang Che Mas.

Hanya dua orang saja wakil yang dibenarkan bagi sebuah rumah untuk keluar mendapatkan bekalan makanan dan barang keperluan sementara sekolah dan pusat pengajian termasuk pondok pengajian ditutup.

Di samping itu semua aktiviti keagamaan di masjid, surau tidak dibenarkan kecuali laungan azan lima waktu dan solat fardhu dengan jumlah 6 orang jemaah termasuk muazzin dan imam.

“Restoran, kedai/gerai makan dan kedai runcit dibenarkan beroperasi antara 6.00 pagi hingga 8.00 malam.

“Pembelian makanan digalakkan secara penghantaran dan take away. Dine in dibenarkan terhad kepada dua atau maksimum empat orang satu meja dengan pematuhan SOP premis makanan,” katanya.

Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial, budaya, majlis rasmi, keramaian, kenduri dan sebagainya tidak dibenarkan manakala aktiviti perikanan, perladangan, pertanian dan penternakan dibenarkan.

Related posts

Leave a Comment