Pasar pagi Penaga ditutup

KEPALA BATAS : Gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP), pasar pagi Pekan Penaga tidak dibenarkan beroperasi minggu depan . Arahan itu dibuat selepas pemeriksaan mendapati penganjur tidak menyediakan jalan keluar dan masuk, gagal mengawal peniaga dan orang awam sehingga menyebabkan tiada penjarakan fizikal. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Noor berkata pihaknya bersama-sama beberapa agensi termasuk Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai, yang melakukan pemeriksaan bermula 9 pagi, mendapati penganjur serta pengunjung mengingkari SOP. Berikutan itu, polis mengeluarkan dua kompaun terhadap penganjur pasar pagi berkenaan. “Pasar tersebut diarah…

Read More

Indonesia catat 303,498 kes

KES positif Covid-19 di Indonesia melepasi angka 300,000 selepas mencatatkan 3,992 lagi kes baharu dalam tempoh 24 jam. Berdasarkan data yang disiarkan Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia hari ini , 4 Oktober, kes positif keseluruhan kini mencecah 303,498 kes, manakala 139,401 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan. Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 96 lagi kematian dicatatkan, menjadikan jumlah kematian kumulatif kini 11,151 orang. Jakarta masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 78,850 kes, dengan tambahan 1,398 kes baharu.…

Read More

Makkah, Madinah 48 kes

KEMENTERIAN Kesihatan Arab Saudi merekodkan 390 kes baharu koronavirus Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 336,387. Sebanyak 25 kematian juga dilaporkan yang membawa kepada jumlah pesakit yang meninggal dunia adalah sebanyak 4,875. Kementerian juga melaporkan sebanyak 511 pesakit pulih sepenuhnya yang membawa jumlah kes sembuh meningkat kepada 321,485. Sementara itu, Madinah dan Makkah masing-masing mencatatkan 48 kes, angka tertinggi hari ini diikuti Riyadh 29, Yanbu 25, Hafouf 24 dan Hail 23.

Read More

Detik bersejarah umat Islam

DETIK bersejarah bagi umat Islam seluruh dunia selepas lebih enam bulan sekatan ibadat umrah dikuat kuasakan berikutan penularan wabak Covid-19. Akhirnya Masjidilharam membuka pintunya kepada kumpulan jemaah pertama pada hari ini, Ahad 4 Oktober. Kumpulan pertama itu dibenarkan masuk ke Masjidilharam mulai pukul 6 pagi (waktu tempatan) selepas membuat permohonan melalui aplikasi I’tamarna yang disediakan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi. Arab Saudi mengambil langkah-langkah drastik bagi memerangi penularan wabak sejak pertengahan Mac lalu, dengan menggantung pelaksanaan ibadat umrah dan solat di Masjidilharam serta mengehadkan jumlah jemaah haji tahun…

Read More

Kluster Kau Sing dan Embun

PUTRAJAYA : Dua lagi kluster Covid-19 dikenal pasti hari ini, Ahad 4 Oktober iaitu Kluster Kau Sing di Tawau, Sabah dan Kluster Embun di Hulu Langat, Selangor. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes indeks Kluster Kau Sing iaitu kes ke-10755 melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 29 tahun yang dikesan positif Covid-19 melalui saringan individu bergejala pada 25 September 2020 dan dimasukkan ke Hospital Tawau, Sabah. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan enam lagi kes positif dikenal pasti. Daripada tujuh kes yang dikesan positif, sebanyak…

Read More

Jemaah masjid, surau lebih patuh SOP

SEMALAM, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan, prosedur operasi standard (SOP) di masjid dan surau akan diperkemaskan susulan peningkatan kes positif Covid-19 di negara ini. Tidak pasti apakah yang akan diperkemaskan. Setakat ini, tidak keterlaluan jika dikatakan institusi masjid dan surau adalah antara pihak yang lebih bersedia mematuhi SOP. Jemaah masjid dan surau mungkin lebih berdisiplin, patuh dan jauh lebih baik mematuhi SOP berbanding ketika kunjungan di restoran, kedai, pasar atau pusat membeli-belah, majlis kenduri atau jamuan, kawasan rekreasi dan sebagainya. Mereka juga jauh…

Read More

309.687 akaun air terjejas

  ANGKARA siapa pula kali ini? Berapa hari pula, gangguan bekalan air akan berlaku? Apa yang pasti, 274 kawasan dari empat wilayah di Selangor melibatkan 309,605 akaun pengguna terjejas. Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menyatakan pihaknya mendapat laporan terdapat bau tidak normal seakan bau bangkai dikesan di Sungai Semenyih dan Sungai Langat. Bau itu dikesan kira-kira pukul 4.30 petang Ahad. Empat wilayah iaitu Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selepas Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi terpaksa dihenti tugas. Penutupan…

Read More

PKPDB penjara Alor Setar

PUTRAJAYA : Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) Secara Pentadbiran di kawasan Penjara Alor Setar selama 14 hari, bermula 12.01 tengah malam, 6 Oktober ini. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan hari ini berkata, pelaksanaan itu susulan peningkatan kes Covid-19 di kawasan berkenaan. PKPDB secara pentadbiran itu turut meliputi kuarters kakitangan penjara. Pelaksanaan PKPDB, bagi membendung jangkitan dan penularan Covid-19 dalam kawasan tersebut serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan. Sepanjang tempoh itu juga, Ismail Sabri berkata, sebarang pergerakan keluar dan masuk melibatkan kawasan…

Read More

292 tempatan 1 import

PUTRAJAYA: Sebanyak 293 kes baharu Covid-19 dilaporkan sehingga 12 tengah hari 4 Oktober 2020 menjadikan jumlah kes sebanyak 12,381 dengan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 1,961 kes. Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan memaklumkan, ia melibatkan 292 kes tempatan dan satu kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. KKM juga maklumkan terdapat 67 kes yang telah pulih menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 10, 283 iaitu 83.05 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Sehingga kini, terdapat 28 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi…

Read More